Saturday 3 September 2016

6 Months

Assalammualaikum..

6 months? What is that? euwww
haipppp..sis bukan nak buat ayat jiwang dari si dara untuk si teruna..but...
For myself..I made it..Through thick and thin and I'm still survive and for sure....Is not the easy road...berliku-liku..

dugaan bukan tak ada..
Stay dekat negara orang...yess...not really far..sejam boleh sampai Malaysia..tu pun kalau tak jem tapi tu umpama angan². Amat jarang² berlaku dekat sis. sobs sobs
Bcoz of that laaa, sejenis atikah amat susah nak pulang ke tanahair tumpahnyaaa darahku. cewahhh
Nak dating punnn den malas nak menapak ke JB tu oiii. Bersabarlah sayang dapat makwe spesis cenggini..

Mana tak nya kawan² hoiii, jem nye mampu buat kaki patah hati panas. Yang jarang balik ni pun ape je sis tak rasa.

*beratur nak naik bas 4 jam?
*terlepas train
*jalan jem tapi bas tak boleh buka coz still on the road so mereput dalam bas walaupun train sekangkang kera je (betul ke eja)
*terpotong barisan bas sebab confius then 2 jam tebalkan muka malu
*bas rosak
*kena jalan kaki dari SG ke JB Central (dia punya takut toksah cite kereta motor totally laju..so avoid it guyss so dangerous...serious talk!)
*salah bas - sepatutnya 20 minit jadi 1 jam setengah
*kena kejar orang gila

Disebabkan sis tak segigih sangat maka tiap Ahad mereput je la dekat rumah. But...rindu gila semua..Rindu family toksah cerita.

Pagi tadi pun mak call risau sebab mak baru tahu virus Zika tu merebak dekat kawasan office sis. Yes. Construction tu depan tu hah tiap hari lalu siap boleh lelambaii gitu.
Office pun dah bau ubat nyamuk je tiap hari untuk langkah pencegahan. Lebih baik mencegah dari mengubati kan bukan??? Mudah²an tak ada pape sebab sis tak berapa sihat juga maybe sebab kena hujan...pepagi dah basah lokos sis weyhh...hujan lebat payung cenonet sis tak mampu bertahan. But its okayyy. Sis seteronggg walaupun tadi sis terponteng dahh. Tak pergi office maaa. Demam. nak pindah tak settle lagi.

Tapi² cuti sis tadi tak indah langsung! Ada client contact. Manager contact. Surveyor cari! Aishhhh botak sis cenggini. Risau sampai angan² nak membuta balik tak jadi.

Kerja?
Alhamdulillah. Masih banyak nak belajar. Bos suruh study nanti suruh sis ajar dia pasal building settlement tapi sis still tak ada masa (tulis panjang berjela ni ada masa? #alasan) Kerja banyak dekat tangan. Banyak terhold. Almaklumlah. Tangan ada sepasang je! Kadang² emo tauuu! Emo gila ah. Kalau kau dapat client yang jadi project manager but got zero knowledge, seriously u'r die! From A to Z don't know like nobody they can ask! Emo la tiap hari cenggitu.

Bagi quotation then tomorrow ask for setting-out. How can mehhh? Where's the control? Traverse? Transfer level? Existing details? and most important sis tak prepare pre-computation plan lagi. And when explain, he said...oh..like that hah? Not sure laa..Idk laa...Hmmmmmmm

And one project for A&A (Additions and Alterations). This is tough part because sometimes got problem as the drawing not same with existing so will get different setback and if wrong encroach to other boundary..die ok! Before this, I handle 4 project that got problem...Arkitek drawing akan refer topo for their drawing. So, for Pre-comp we will pick up existing column or building line dekat area site kita but for all project existing lari 1m. Botak kepale sis lagi botak kepala arkitek nak design balik. hmmm.seee. not easy. But this proj manager even give the wrong drawing. Bagi drawing only grid line mengharapkan sis main agak mana block reference! Bagi semalam drawing yang betul and minta isnin pegi set piling! Wth? Pre-comp tak buat! Set grid lines belum. Pre comp belum approve terus pile. So sis malas layan ok.

Ramai tanya kenapa sis selalu emo dekat twitter. Stress sangat ke kerja? Jawapannya : Tak pun. #Ilovemyjob
Buzy of course buzy. Sis handle 3 peoples job. 

  1. One mostly building construction sebab take over orang resign so memang susah kadang² client call cakap dari this company this company. Tak tahu ke depa banyak project!
  2. Then I do my current manager job. New project mostly new project manager. Ok. Semua. Muda² huhu
  3. Madam job. Banyak terhold juga sebab tak ada masa

Hmmm. Nak tahu scope kerja tak?
Ok. Manager cari job. Then akan pass ke sis. Bagi email (interaction with client) and quotation.
From quotation sis akan buat from  A to Z. Project coordinator. Call client. Prepare info. Bagi arahan dekat surveyor. Prepare drawing. Consult client. Prepare report. Handle claim. So memang banyak belajar.

Settlement Marker, Asbuilt Verticality Check, External Verticality, Strata, ECC. Hmmm. Masih sis confius!

Speaking? Boleh² lah. Nak mengamuk dalam english pun pandai. Dulu nak telefon surveyor nak tanya pun debooo ghase. Tapi lama² meeting ke apa, call ke apa², gaduh dengan client ke, kena marah dengan client ke...dah jadi perkara biasa. Emo lebih je tetap tak berubah.

Satu lagi tak berubah.
Sis tak kurus². Apa salah sis. Makan jarang. Jalan beribu langkah sehari. Kurus nya tak. Tak kurus tak nak kahwin!!!

Huhu. 
Panjang lebar bukan. Almaklumlah berada di bilik baru. Maka azam pun baru. Haha. Tak sabau nak balik next week.

Ok la. Selamat maju jaya semua. Cintailah apa yang anda lakukan. Baru akan berjaya.





Ok. Cauuuu




Friday 10 June 2016

Puasa

Assalammualaikum

Selamat berpuasa semua. Wahhh. Pejam celik pejam celik. Alhamdulillah. Dah 5 hari kita berpuasa.
Bermakna dah 5 hari jugak aku melalui fasa puasa yang agak menyedihkan.

Kenapa?


  1. Kali pertama berpuasa sebagai seorang perantau di negara orang. Arghh. Tak kira walaupun korang nak kata elehh, tak jauh mana pun nak over. Hello, masuk SG pun pakai passport tau, kira feeling jauh leteew. Walaupun sebelum2 ni aku ada je puasa dekat matrik, dekat UTM, dekat The Store masa kerja...tapi feeling ni lain bilamana kau sahur sorang, buka puasa sorang. Sedih beb! 
  2. Bangun awal pagi. Kerja awal pagi. Bila puasa ni automatik waktu kerja aku kena berubah. Masuk kerja pukul 7 balik 5. Disebabkan kekangan tempat tinggal yang agak susah untuk dicari, maka aku terpaksa gerak dari rumah before 5.45. Iaitu tepat2 lepas sembahyang subuh. Lambat gerak maka lambatlah engkauuu iye. Disebabkan aku seorang time freak, masa itu ibarat emas bagi aku dan aku tak suka kelewatan.
  3. Tak ada suasana puasa apatahlagi hari raya. Aku rasa kalau dekat Malaysia, bazar ramadhan harus dah macam pesta kan. Tu belum shopping complex dah over lip lap sana lip lap sini sambil dah pasang lagu raya. Kat sini..hmmm..puasa tu apa?? Sebatang tiang bazar ramadhan pun aku belum ketemu. Yang aku ketemu, ramai orang Islam tak puasa. Sedih tengok. Mintaaa dijauhkan... Aku kepingin nak makan agar-agar..kuih muih. Tak pun murtabak..hmmm..sedaaapnyee.
  4. Nak puasa dengan family. Rindu nak sahur dekat kfc. Gigih bangun pepagi.hmmmmmmmm

Dah lah. Ini pilihan aku. Aku kena terima. Aku bersyukur masih dapat makan. dapat puasa
Dapat rasa nikmat ni. Dapat rasa pengalaman ni. Aku pun tak sangka aku sekuat ni.

Dua minggu sebelum puasa hidup aku punyeelah miserable. Macam zombie pun ada hoiii. Mana taknya kerja banyak macam aku punyaiii 12 tangan dan 12 otak. Kepala hotak diaa!

48 plan Asbuilt nak kena hantar tu belum lagi Setting-out, precom, topo yang bertubi3 nak kena endorsed. Sampai klien call aku punye honest cakap aku belum sempat tengok projek dia.

Sengsorang dekat office. Hampir menangisi nasib. Tapi bila fikir apa yang aku dapat memang kena berbaloi. aku tak mengalah. Yelaa. Bukan senang nak senangg kan. weyh. OT kau berbayar kut. Sape nak bagi rm 45 sejam kan? so kena tahan la kan. Walaupun rabak tetap kena buat. Tu belum balik rumah pukul 12 makanan dah tak ada jual. Masa tu sedih gila. Alhamdulillah dah send walaupun aku tahu akan dapat beribu komen punya nanti nak kena hadappp. huaaaaaaa. Aku venciii Long Section oiii.

Ok la. sis dah mengantuk. bai. jumpa lagi.

Rindu sis?
Jap sis belanja selfie satu okeyh. 
*poyo padahal tak ada sapeeee kisahhh



Thursday 21 April 2016

#ilovemyjob

Assalammualaikum


Hmm. Sekarang jam 8.41 malam and aku masih dalam train nak balik rumah.
Aku rasa dalam banyak hari..hari ni buatkan aku langsung tak ada tenaga oii..
Kejap-kejap klien email .kejap lagi call..call email call email #pengsan


Kerja makin menimbum
Masa bergerak macam pantas
Setiap hari paling2 kau kena siapkan 3 plan...Dulu kalau jjj aku rasa 2 3 mimggu buat kerja sama
Ni jangan harap kau nak ingat nombor file pun. Tak teringat

Tu belum lagi officemate punya nama .
haha..Orang semua kenal aku tahu nama...
Aku bercakap bercakap tapi nama dorang aku tak tahu. lol
Bukan apa kebanyakan berbelit lidah nak sebut


walaupun aku banyak kerja tapi i do. I love my job
Bila kau buat semua benda. Kau jawab soklan klien walaupu  mostly aku tak dengar
apa dorang cakap..huhu

Ada yang demand lebih
Ada yang nampak pro tapi panggil kak...ada yang tak tahu extract zip file pastu
berpeluh ketiak nak attach sesatu pdf drawing. Kalau ada satu tak apa. Ni kalau 55 drawing?
Tak kejadahnya aku nak layan dia sorang?

Ada yang garang lebih
Ada yang kejap2 suka call tapi aku malas call balik. Email sudah.
Ada yang soft spoken so aku macam baik hati sikit nak layan.

Hari ni aku send drawing punya aku buat cecantikkkss tetiba klien call kata road name reverse
Tak kejadah kak nak main reverse2 dik oii
Yang peliknya drawing dalam pdf. Pening kepala jugak nak layan tapi tak apa lah.
Terpaksa ot sebab pre comp nak kena hantar esok. Architect drawing punyalah semak penat pening nak edit oii.  Tu belum grid line berbelit lagi #pengsansekalilagi


Tapi tak apa. Ku harungi. Yang penting minggu depan mahuuu pulang
Takzabaar nak lihat rumah baru.


ok la..bye

Monday 11 April 2016

😭

Assalammualaikum.

Aku bukan lah sejenis manusia sememe atau erti kata kuat menangis. Menangis menangis juga lah. Macam keadaan stress teramat. Macam sakit. Hah tu aku tak dapat tolong. aku kalau demam ke semput ke mesti senang je nak berlinang air mata oiii. Aku rasa last sekali aku menangis time kereta aku rosak masa dekat JB dulu. Maybe sebab terlalu stress. Tapi hari ni aku boleh menangis sambil buat kerja. Tetiba sebak.

Pepagi aku mesej qidd dengar berita gembira plus rindu pun aku dah touching. Tetiba tengah buat kerja yang quiry ex officemate buat yang salah kelaut susah yang amat. Emak mesej. 

Terus rasa touching yang amat.
Aku rindu family aku.
Rindu yang amat.
Bila macam ni aku tetiba teringat bila aku tak tolong mak..tak balik..merajuk..degil semua...
Aku takut kalau aku jadi anak yang tak ingat jasa mak ayah..Sesungguhnya aku kalau boleh nak bagi apa je mak ayah nak..

Tak. Aku tak susah.
Aku masih bernafas.
Aku masih dapat belajar. Dapat pengalaman . Manager aku baik . Even aku bit lonely but aku ada improvement dapat bercakap dengan client walaupun siap kena marah. Dapat speaking walaupun berhabuk-habuk. Aku masih ok. Penat memang penat tapi kalau kau nak dapat yang jauh lebih baik mesti ada benda yang perlu kau korbankan kan??

Aku memang jarang tunjuk perasaan. Yela. Manusia benda baik mana nak ingat. Kalau benda jahat cepat je terikut. Camtu juga aku. Kadang2 kala aku terleka. Jadi mulai hari ini...aku nak pijak bumi yang nyata. Aku tak perlukan kawan dan aku tak nak jadi terlalu baik. Aku nak survive with my own. Pergi mana2 tak perlu tunggu orang sebab selaku time freak aku paling benci kena tunggu orang. Aku kena ingat Allah s.w.t selalu. Jangan aku terleka .


doakan aku guys

Thursday 31 March 2016

Hard

Assalammualaikum

hmmm..badan dah letih..otak dah penat..mata dah mengantuk tapi....tak boleh tidur..maybe sebab lampu terangg benderaaaang lagi depan mata hakak kut.

Alhamdulillah. Hari ini bersamaan 31/03/2016 dapat gaji..
Tak tahu nak kata apa..sebab for the first tine dalam hidup..ini kali pertama hakak merasa apa itu kering kontang..

Alhamdulillah. Bila kita rasa susah sebenarnya ada orang yang lebih susah dari kita. Itu yang patut kita semua rasa dan itu yang patut aku rasa sebenarnya. Sebenarnya dah seminggu lebih aku kurang duit sampai perlu ikat perut. Sumpah tak pernah rasa terdesak gayaaa gini. Dulu masa zaman U rasa susah sikit call mak tebalkan muka minta duit padahalll masa kau dapat ptptn yang sikit tu juga kau berjolii sakan shopping sana sini...pastu susah minta tolong mak. .#anaktaksedardikhuntung

Masa kerja dekat JB masa terdesak2 pun tengah bulan OT masuk..tak pun dalam fridge berlambak makanan tak sihat minta digoreng. Ni.....bank malaysia tak ada. Dalam dompet pulak ada Rm 34 campur duit syiling ada lah dalam 40 hengget. Nak tukar duit malu pulak..So aku terpaksa jalankan plan ikat perut. Makan pagi je..hmmm .memang lah aku selalu makan pagi je tapi ada lah siap teh panas ke..teh ais ke..makan pun nasi lemak campur ayam campur telur (set) ...tapi minggu ni aku makan mee..beehon je sebab nak jimat and air pun tak mampu beli..yela..kau ada 12sgd je dari minggu lepas oii. Mampu kau aku survive? time camni lah perut balik kerja nak merengek...ada lah aku beli ayam goreng $1.70 sebab tak mampu tahan lapar...maybe sebab makan beehon kut tak mampu nak adjust perut aku..( makan sikit tapi tak kuruss ponggg )

Jadi aku rasa down seminggu ni. Mood tak ada. Kaki sakit. Rasa nak menangis tapi tak terkeluar air mata. Nak pinjam?? Maluuu..Jadi sebab dah terlalu desperate ayah pun bagi duit..tapi camne nak ambik??? So rancangan aku lynn datang ahad ni bank in dalam bank dia suruh dia bawa ahad nanti. Tapi Alhamdulillah dapat gaji so aku pun bank in duit ayah bagi kat ayah balik.

Tadi masa aku makan aku rasa down gila sebab aku tak mampu sumbat sebab aku tak suka mee. Then Allah pun tunjukkan kat aku. Tetiba terbuka FB..ada video pasal syria seorang budak lelaki kecil malu nak minta makanan sebab dia dengan adik dia dah 3 hari tak makan. Terus insaf. Aku kurang duit tapi tetap dapat makan. Ada orang lebih susah kut dari aku. Aku susah sikit dah nak give up dah nak down padahal orang lain lebih susah.

Bila aku pergi kerja letih. Kena bangun pagi. Kena naik mrt satu jam. kena jalan kaki. Aku rasa penat. Aku kuatkan diri aku tengok ayah aku mak aku. Ayah pun kerja sabtu. Tapi ayah tak pernah pun merungut. Emak pun bangun 5.30 setiap hari walaupun surirumah. Nak kejut adik2 pergi sekolah. Masak breakfast. Aku kalau ada kat rumah pun bangun 6.30 sembahyang. Kalau tak kerja tu 9 lebih aku boleh curi2 tidur. Emak tak pernah pun ambik masa nak tidur kejap ke. Lepas sarapan mak terus buat kerja. So bila aku rasa susah aku kena ingatkan diri apa mak dengan ayah buat nak besarkan aku. Aku ni dahlah degil. kepala batu. Jahat. Tak pandai mana. Kuat melawan. Kuat merajuk. Tapi emak dengan ayah tetap ada. Tiap hari call aku tanya camna. Jadi aku akan sentiasa kata aku ok. Duit cukup. Dah makan balik kerja walaupun tak. Aku rasa homesick sangat weyhhh..Nak menangis...

Selama ni bila aku ada kawan masa U ke masa kerja ke aku ni jarang balik rumah. Langsung tak homesick kut. 
Aku bukan anak yang baik padahal aku boleh je balik kan. Sampaikan aku kerja hari tu Hari Raya Haji pun aku tak balik. Alasan nak jimat duit. Sebab minggu depan tu nak balik qidd kahwin. Jahatkan aku? kawan boleh balik raya tak nak minta maaf dengan mak ayah. Sebab tu sekarang bila aku seorang...aku rindu family aku sangat. Sini sebulan aku rasa setahun lebih setahun. Penatnya hanya tuhan yang tahu. Lonely nya hanya tuhan yang tahu.
So aku kena tekad aku kena selalu balik. Duit...masa boleh dicari tapi family hanya ada satu. Lebiuu.

Kalau fikir aku boros kat sini. yup. Ada satu dua aku beli. Tapi aku datang bawa 990sgd. Sewa je 525sgd. Kad mrt 122sgd siap top up. Sim kad 18sgd. Kaki sakit beli kasut 45sgd. (2 pasang). Satu vs body mist. Makanan sikit. Dan pengakhiran sebelum gaji aku ada 4.50 sgd. wowww. bukan. Oh sewa mahal? tu bulan pertama je sebab kena bayar agent 175sgd. Total rumah je 885sgd sebab satu bulan deposit. satu bulan sewa. setengah bulan agent. Jadi aku mampu survive kalau aku fikir boleh.


So kengkawan. Apa-apa pun jangan give up ok. And sentiasa sayangi dan kenang jasa family kita. Ayah emak kita. 

ok. cawww

Sunday 20 March 2016

Life :(

Assalammualaikum

Life.....
Sometimes its hard but semuanya selesai dengan bagaimana kita atasinya.
Itu yang aku rasa.
Yes. Aku dalam situasi yang sukar. Aku rasa semuanya susah. Makan susah. Kerja amat susah. AMAT. Maybe sebab aku tak faham tambah dengan rasa takut lagi. Pergi kerja susah bilamana kau before this dah terbiasa dengan empat tayar kini terpaksa naik public yang ada tak terkira roda. ( kut ) Susah plus penat. Bahasa susah. Kawan tak ada. Susah nak interact bila mereka banyak faham cina than english. Sampaikan kau terpaksa tulis english and dorang translate cina untuk mengerti  Hmmmm. Sesuaikan diri bukan perkara mudah bilamana aku terasa forever alone. FOREVER. Aku ni jenis suka sok sek sok sek and bila terpaksa buat hal sendiri. Susah.

Susah. Susah. Susah.
Itu je dalam otak aku. Tapi apa aku boleh buat? Nothing?
No...Aku kena hadap je. Aku kena usaha lebih sikit. Eh bukan sikit. Banyak. Aku kena usaha. Aku kena berani  Tapi aku tak tahu lah kali ni teruk sangat negativity dalam sel-sel tubuh aku. Aku hampir give up. Tapi aku tak boleh menangis  Sebab ni pilihan aku. Aku dah sampai sejauh ini and aku langsung tak boleh patah balik. Tak ada cara untuk aku patah balik. Hmmmm

Aku rasa aku kena tempuh ini semua macam aku tempuh stage2 kehidupan aku sampai lah umur aku sekarang.

For example :

Masa tadika aku nervous sebab cikgu suruh aku masuk pertandingan baca doa. Nervous. Tapi aku kena buat.

Masa sekolah. Macam mana takut pun kau kena buat. Macam mana sukar pun kau kena tenpuh. Presentation. Oral speaking  Impromptu. Speech. Semua aku dah lalui. Oh. masa aku masuk pertandingan pantun and debat  Ya Allah nebes tu sampai terketar2. Masa tu aku mesti cakap dalam diri aku kenapa aku masuk? Kan bagus kalau tu bukan aku. Sampai nak tarik diri last minit.

Masa universiti 
Hmm. Setiap kali presentation tak pernah aku tak nervous. Tapi yang paling aku ingat. Bila entah macam mana aku menang jawatan Setiausaha Agung PEMETA. Buat kerja aku tak kisah tapi part last kau kena kena buat pembentangan AGM.  mahu pengsan aku rasa sampai aku ni berucap selaju bullet train tanpa sempat bernafas oii. Masa tu why always me sentiasa dalam fikiran.

Masa start kerja. Sama lah masa intern ke sampai aku kerja kat JJJ. Nervous tu hanya tuhan yang tahu. Macam mana aku struggle kerja dekat JJJ pada mulanya. Dengan stress. Dengan nak sesuaikan diri. Aku pun tak ingat berapa lama aku ambil masa untuk sesuaikan diri. Macam mana aku hadapi dulu makan kat mamak sorang2 sebab aku tak ada kawan. Macam2 oii. Sampailah kegirangan aku bermula bila Teh dengan Mahathir ada.

Ni antara stage kehidupan aku yang aku sempat tulis. Tu belum lagi masuk exam. Tapi mostly aku ni bukan rajin belaju sangat so tak termasuk kut point takut tu. Aku sejenis redha dapat ke tak dapat result baik sama ada aku belajar ke tak subjek tu. Sebab tu aku ni tak payah dok loklah bawak nota kekecil selit belakang kertas jawapan masa final exam or masukkan nota dalam phone sambil adrenalin mengalir laju takut kantoi masa final. haha. Sebab aku jenis redha. Aku study ke tak. Aku tetap nak keluar awal time exam. Setahu aku last final exam yang semester ke 8 aku keluar awal untuk tiap paper. And aku tak lah study sangat sebab kan dah habis Viva macam tu. Tengok orang meniru? adalah secebis geram rasa nak angkat tangan kantoikan. Tapi biarlah kan. Aku bukan baik sebab aku ada tiru gak 2 3 keping masa test. huhu. #jangantiruaksiini

So sekarang aku kena redha jugak and cuba sehabis baik untuk sesuaikan diri. yuhuu. Aku kena ingat kalau dulu aku mampu and sekarang pun aku mampu. Aku kuat. Doakan aku. Aku stresss.

Thursday 10 March 2016

Singapore

Assalammualaikum

Hari ni hampir 10 hari lah aku kerja. dan...... huhuhu je mampu aku katakan. Sejak duduk Singapore ni aku menjadi semakin pendiam. Haruslah pendiam bila boleh dikatakan orang kat sini semua kerja je oiiii. Tak ada istilah menyembang sok sek sok sek macam office lama aku dulu. sobs sobs. Jadi aku pun tak lerr banyak mencarut..cuma tadi tercarut sikit sebab minah sebelah aku dalam mrt menyembang otp sampai satu jam ibarat mrt niii diaaa yang punya plus mrt delay...
 Sampaikan aku rasa air liur aku pun minta dikeluarkan untuk proses. Jiran sebelah meja aku dari china. Baik baik. Comel comel tapi kureng pulak cakap english. Rasanya 2x5 dengan aku cuma aku ada plus sikit lah kut. Awkward ke tak awkward oiii bila kau masuk kerja tak ada sesi pengenalan diri oiii. Masuk masuk terus buat kerja. Me kennnott brain ok.. Kezutannn dengan aku blur nya oi..

Life aku agak tersusun kut atau lebih dikatakan agak membosankan. Sini semua laju. Jalan laju. Cakap laju. Buat kerja kena laju. Sampai jalan dekat shopping complex pun laju hoiii.

Tiap hari rutin aku sama. Sama pun aku still tak boleh nak adapt hoii dengan mrt yang jauh perjalanan tak luas pemandangan tu oiii. Penat oi kaki aku nak kena berdiri dekat satu jam. Dulu time kawad pun aku selalu buat nak pitam kalau kena berdiri lama2.  Ni pulak kena hadap tiap hari. #nangis 

Tiap hari aku akan bangun 5.30 pagi. Mandi. Make up ( huhu ) Sembahyang. Lepas sembahyang pakai tudung terus keluar. Adalah dalam 6.15 pagi. Jalan kedek2 lenggang kangkung sampai lah mrt dalam 6.30 pagi. Sebab aku tak suka kelajuan aku akan jalan fefeling hirup udara segar. Tak kuasa sis nak lari2 jalan rush2 ni oii. patah kaki nanti. Lagipun aku malaysian kan. So tunjuk lah aku malaysian. puihhhh. Ok sampai dekat mrt Aljunied ( dekat office ) dalam pukul 7.20 camtu. And terus sarapan. merangkap makan seluruh hari. ( bukan diet tapi jimat ). Oh lupa aku stay dekat Jurong West. Mrt terdekat Boon Lay. So Boon Lay nak ke Aljunied ni dalam 50 minit tu pun kalau tak ramai orang. 

Perjalanan tak terhenti disitu saja. Lepas makan. Makan laju2 ibarat tak makan berapa hari ( kira tak makan satu hari kut ) , makan laju sebab nak kejar masa....kena jalan kaki nak ke office dalam 15 minit. Tu pun dah habis laju aku jalan sebab nak kena naik jejantas. Naik jejantas pun dah buat satu badan aku lemah longlai. Dulu masa dekat rumah keluar shopping dengan mak pun boleh gaduh kalau aku tak nak ikut jejantas..tapi ni harus sebab mana boleh lintas sebab ada pagorr tinggi. #cissss

And aku ambik nafas duduk kat taman 5 minit and touch up pepeluh and masuk office. Sambil tu lambai uncle yang selalu wish morning kat aku. Tengook..Aku dah ada kawan....#angkatkeningbangga. So dalam 7.50 pagi aku akan sampai office. Kat sini semua ada waktu lain2. Tak ada punch card. Tak ada tulis nama. Masuk je. Yang aku pelik orang datang awal ( maknanya balik awal ) dia akan tidur. Aku je berdesup on computer and start kerja. Cam tu jugak rehat. Rehat 12-1....tapi lepas 1 dorang akan tidur setengah jam. Hmmmmm. Aku tak faham. Yang aku tahu time rehat aku tengok running man sambil cover2 gelak..kalau dekat U dulu selalu kena marah dengan roommate kalau gelak kuat2. huhuhuhu.

Buat2 kerja and terus buat. Bangun pergi sembahyang. Sini bagus. Sediakan tempat sembahyang walaupun ada 3 orang Islam je..huhu 2 lelaki dan aku sorang perempuan. Tepat pukul 6 aku balik tanpa mempedulikan arahan suruh aku OT. oiii. Kalau aku ot nanti dah gelap aku nak jalan balik mrt. Iossss takut oiiiii. Sesedap suruh aku ot. Dulu pun aku ot masa weekend je tau. Ahhhh. tak kira lah dapat duit lebih ke tak. Aku penatttt. Yela oii....abang tu masuk kerja pukul 10 memang lah boleh balik lambat. Aku pukul 8 dah tu Sabtu kirijeee lagi...Dia tak! bolehlah ot. Aku penat. Nanti aku terlepas maghrib kalau lambat.

So perjalanan balik yang sama. Dalam 7.30 malam aku sampai rumah ataupun lebih lewat. Mandi..sembahyang maghrib. Gosok baju untuk esok. Sembahyang Isyak. And pukul 8.40 malam aku dah baring atas katil untuk tidur. Ahh. ni sepatutnya waktu tidur aku tapi sebab semangat nak tulis tak pe lah aku korbankan sikittt..

Tapi kan...sejak aku sampai sini. Mimpi aku mesti extreme bila tidur. Berlari lah bagai explorace la. Tup tup bangun aku mesti rasa penat sambil marah mimpi cengggituuuu. ( tu pun nak bagitau )

ohh...takkk ceriiiita lagi pasal office semua. rumah eh..

ok la. owner rumah aku baik. selesa. Hah..kenapa tak cari rumah dekat dengan office??

ans: kalau korang nak rasa betapa susah cari rumah untuk orang Islam yang tak ada mixed gender sila lah cuba. Kalau dapat dengan semudah abc habaq kat cheqqq eh. Yang perempuan tau..untuk perempuan Islam

office camne? susah kerja?

ans : susah. aku tak faham simbol. list dia. lagi tambah susah sebab aku tak pernah sentuh pelan topo..as-built. Simbol pun nak kena faham sebab lain. Lagi tambah susah sebab kena handle klien...handle surveyor...buat pelan....semuaaaaaaaaa. semua sendiriiiiiii. dalam english ditemani foreigner. Office aku surveyor mostly dari India. Ramai officemate dari China. so main dorang cakap cina..aku melayuuu maaa. talaaaa pahaammmm....aku masih dalam proses sesuaikan diriiii. 

doakannnn aku guysss. semoga dipermudahkan untuk aku tangkap belajar benda baru dengan cepat and kuatkan semangat aku. Aku tak boleh merungut sebab ni pilihan aku. Oii bukan senang nak senang atikah. Ingaaat.!!!

Hah...Aku dengar company aku nak ambil orang baru lagiii. Siapa nak bergelar AutoCAD Engineer macam aku dan Darren atau nak merasa jerit perihhh hidup di sini boleh lahh roger2 nanti.

ok laaah..
time untuk dapatkan my beauty sleep.
cawwwww

Wednesday 24 February 2016

#goodluckatikah

ASSALAMMUALAIKUM

"untunglah...untunglah..untunglah dapat kerja"
"kaya jangan lupa..kaya jangan sombong"

Itu je lah ayat yang selalu aku dengar. Bosan weii.
Sebenarnya orang tengok macam senang gila je kut..TAPI..
Aku yang rasa..takut..duit..
Aku ni pulak bukan macam girl2 yang berani..jauh sekali gagah perkasa...
Aku ni lembik..tak suka bertanya..mesti kena ada kawan..
Siapa yang hangout dengan aku akan tahu perangai berat mulut aku ni..
Kalau nak suruh aku call Fast Food..lagilah berjuta alasan aku boleh buat..
Nebes oiii  operator tu cakap laju baq hang...aku nebes..huhuhu

Jadi..cuba bayangkan hidup aku! Kena hidup seorang diri..Rumah jauh..
Nak pergi kerja kena naik public transport..
Aku ni balik seremban pun dah tak tahu nak naik public..
Haishh..aku ni dah dimanjakan sejak dari habis sekolah berkereta sepanjang masa..
Pergi U ada kereta..pergi JB kerja berkereta..and tup tup
Tak sampai 3 bulan pakai kereta dah kena tinggal dekat rumah..sobs sobs
Sedihhh oiii..
Kalau anda nak tahu...bila kita kerja dekat Sg..kita tak boleh bawa kereta. Kalau nak bawak kena ulang alik dimana...kita kena drive lebih 6 jam dekat Malaysia everyday..
So..aku stay sana..tak boleh lerr bawak..Kalau ulang alik pun....mampu ke kau nak bayar $35 setiap hari...
hmmm..tak berbaloiii kuttt!!! hmmmmm

Duit lagi lah oiiii..
Susah kut nak cari..nak fikir macam mana nak survive...
Bila aku duduk sensorang aku rasa macam aku dah but wrong decision..takutttt
mampu ke aku??
dengan azam yang tersemat dalam diri sejak resign..eh bukan..azam sejak dapat kerja yang kekonon aku nak study fundamental land sg yang tercapai..tak terbuat lagi..mampus aku oii..
aku mampu screenshot je law dalam phone tapi tak terstudy2
yang aku buat balik rumah..
tengok running man...ulang tengok lagi...rakam lagi..tak puas tengok pulak youtube..
lagi aku tengok Isteri vs tunang sambil otak aku tak puas hati bila ada scene peluk cium hero heroin..oiii...aku yang malu sebab dua2 tu dah kahwin...otak aku pikir laki dengan bini depa tak marah ke tengok? #takadakenamengenapundenganaku
hmmmmm...tengok...masalah yang tak perlu fikir aku fikir!!!
lagi..aku habiskan cuti tengok drama feberet aku..Keluarga Iskandar 2 sambil setiap kali ada tunjuk rumah lama aku dulu aku excited melebih sambil lupa tu bukan lagi rumah aku...sobs sobs..aku tak sempat nak say goodbye pun dekat kawan2 kat sana ( pak guard, pak cik kedai, kawan construction )
tu ke kawan almaklumlah..lain orang kaya...kereta berderet..mana nak kawan dengan orang biasa macam kiteeee ni...

Sebenarnya sedih nak tinggalkan company lama aku tu...
serious talk...company tu memang tempat terbaik nak cari pengalaman..environment bagus...rakan sekerja ramai dan sporting...management pun ok..
cuma yang kurenggg tu sebab ada department..so kita akan mahir dalam department kita je..contohnya aku....aku dalam department cadastral...so aku pandai compute, calculation mostly je...ada dalam 2 3 kali je aku buat pelan..tu pun untuk row...sebabnya tugas aku more bagi tugas and check kerja surveyor..
tu lagi satu hal...surveyor kat JJJ tu mostly aku belum lahir pun dah start kerja...so korang bayangkanlah pengalaman dorang...jadi agak korang...dorang dengar ke arahan dari aku???? hmmmm...
lagi satu...pasal gaji...tipu lah kalau aku kata tak berkait...
gaji hanya untuk bayar hutang..aku ada komitmen..bayar kereta...bayar ptptn...
pedulik lah orang bising sebab aku beli kereta..tapi kira ok lah..aku ada harta..kalau tak beli habis juga duit kan? hah...nasib aku dah beli..kalau tak mesti keinginan aku setinggi menara klcc bila dah mampu sikit...dapatlah elakkan aku membazir beli city kan? .

pengakhiran aku di jjj agak mengembirakan...ada celebrate bufday aku..siap 2 kali makan...siap ada koir dekat kfc..siap ada belanja makan...siap ada kek...siap ada makan restoran and ada farewell party lagi..
terima kasih semua..
memori ini tidak akan kulupa..#cewaaaaaahhh

takut...
tapi aku rasa ni normal kan?
entahlah..kurang normal lah weyhh
aku tak ready..aku malas nak adapt semuanya baru.
environment baru...cara hidup baru...orang baru...bahasa baru...rumah baru..kerja baru...negara baru..
ahhhhhhh...aku tak boleh cakap banyak.....aku yang choose this path...aku kena kuatkan diri aku...
aku kena yakinkan diri aku... aku kena tegas dengan diri aku..aku kena tetapkan iman aku..

Sentiasa ingat agama walau dimana aku berada...Ingat Allah s.w.t...Ingat emak ayah..Ingat dimana bumi berpijak disitu langit dijunjung..
Simpan duit...jangan membazir...
Sesungguhnya...rugi kerja jejauh...berseorangan...jauh dari family dan rakan..tapi nanti tak berduit..
Ingat atikah..
Sesungguhnya..aku akan sentiasa baca post aku dekat blog supaya aku sentiasa ingatkan diri aku..
Matlamat aku...Family aku...Ayah dengan emak banyak berkorban untuk aku disini..Ingat!!!

Atikah....You Can Do It...
Jadikan ini cabaran hidup umpama kau nak memyambung pelajaran di oversea gituuuu..
Orang lain boleh buat so aku boleh buat....
Belajar dan bekerja elok2 dan ikhlas..

Guysss

Doakan aku ye..
Doakan aku dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran...dengan rumah...dengan di pejabat..
Dapat bergaul dengan semua officemate...
Dipermudahkan segalanya..
Kuatkan iman aku...
Jadikan aku sentiasa berani dan pandai bawa diri.


Good Luck Atikah!!!!!


Sunday 31 January 2016

Hardest

Assalammualaikum

"The beginning is always the hardest"

itu kenyataan yang perlu aku hadam dekat otak sekarang supaya tak putus asa di pertengahan jalan. sobs sobs
Beb....bapak susah beb nak kerja dekat negara orang...
Jangan dok loklak pikiaq semua senang walaupun sg tu sekengkang kera je dari jb ni oiii.
Nak dapatkan rumah toksah berangan. Mahal yang amat.
Bilik suam2 kuku pun boleh leleh air liur..hingus semua nak cari. *nangiss.

Berapa hari aku tak boleh tidur fikir pasal nak cari bilik ( ayat berhiperbola bila kau lepas maghrib dah tertido pastu isyak pun 2 3 pagi..puihhhh)
Ada rumah melayu tapi mostly suruh stay sama family. Family?
Family tu ertinya tinggal bersama suaminya jugak iya..sama jugak anak-anak jua.
Baru aku berhorray ada melayu post..tup2 hancur hati nak tinggal sama suami dia juga. Kalau pangkat atuk2 ok lagi..ni muda gebu gebaass. scary tau mak.
Ada pulak cari roommate perempuan tapi dia lelaki. Alasan anaknya kecil itu perempuan. hmmm. Lagi lah tak nak aku kan.

Dapat dekat tapi orang vietnam. Tapi dia reject pun sebab dia kata she eats pork. Ok lah. At least bangsa lain hormat.
Aku hampir putus asa.
Kalau nak cari bilik ke kalau guna agent..kita kena bayar half month rent sekali dekat agent. Tapi bayar sekali je lah.
Cuma..faham2 lah..dapat gaji nanti memang lah syiokkk.. tapi starting tu..susah ooo nak cekau duit.
Nak kena bayar agent. Deposit sebulan. Sewa sebulan.
Makan 3k juga nak cari bilik kat sana.
Ulang alik? oooo. tak mampu mak gituu nak pergi kerja 5 pagi nak kena naik train. Mati ooo. better aku sewa. Sama juga macam duk jb. gaji tak sampai 2 k sewa rm300.
And sana pun aku dah dapat bilik $350 tapi gaji aku pun duit sana. So sama je lah.
Alhamdulillah. Akhirnya aku dapat bilik. At least ada islam sorang. Ok lah biarpun kann jauh nak pergi office.

Tapi apakan daya..tu je yang aku mampu. Yang ok sebab rumah tu dekat dengan mrt and shopping complex. So jalan kaki je nak naik mrt. Tak lah payah sangat kan? idok ke gituu?
Tak apa lah. Stay dulu. Nanti dah kenal orang boleh cari penyewa.
Kawan2...tak ada ke nak kerja sg? Moh lerrr boleh kitee sewa sesama..huhuhu

Back to basic.
Dulu kau bukan main eksyen kan dok kondo. hah. sekarang mampu kau? sewa dengan strangers. Hidup ni kena tabah.
Aku ni berkali2 ingatkan diri aku..ni baru sikit dugaan. Belum lagi kau kerja kat UK ke US ke. hah. lagi susah kan?
So atikahhh...bersyukur apa ada dulu.
Kuat sikit semangat.
Nak senang bukan senang!!!!!!!

Oh lupa. Lagi 4 hari dah nak masuk 18 tahun. ehhhh?
so kena belajar berdikari. Kuat semangat. Tabah. Rajin.
#atikahyoucandoit

Thursday 14 January 2016

buku baru

Assalammualaikum

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi..syukur..
Sungguh aku tak pernah terlintas kat kepala..nak berangan jauh sekali nak cari kerja di singapura.. huhu
Alhamdulillah..yeahh... i got the job..yuhuuu..
beryuhuuu sekarang lah lepas ni keluaq ayaq mata pula dok sorang2 kat negara orang...dulu jadi perantau negeri orang sekarang up sikit negara orang walaupun tak jauh mana lah katakan. eksyennn
mak kata orang lain makin cari dekat dengan rumah...aku ni pula makin jauh perginya..

meh...sis habaq mai...
sungguh sis tak ada lah dok loklak nak berhijrah sangat lah...sampai lah classmate sis darren bertanyakan sis perihal ini....*over ayat kau jahh
sis yang pada masa tu berada dalam tekanan kerja pun apatah lagi...ibarat kau dah menguap banyak kali orang hulur bantal...sis pun grab lah secepat mungkin...dan dengan resume tak siap sis hantaq lah..
selama ni memang selalu fikir nak cari kerja lain tapi dengan kekangan internet dan masa usaha nak cari kerja selalu stuck dalam hati je...nak luahlan tak sempat...gituuuu..
almaklumlah nak oiii..ofis sis tak bagi wifi...konsep kerja nya...kerja sampai mati...jangan gelak..jangan main...fokus..
kang sok seh sikit mulalah ada orang tepuk bahu kit minta kita fokus tapi kalau dia boleh..
gitu la ceritanya anak2 ye...ofis penuh cctv..semuanya terhalang..huhu
tipu lah tak ada harap kan...ok...sikit berharap...
tunggu punya tunggu punya tunggu....
dimaklumkan...akhir tahun so bos sana tak ada...pergi bercuti so kalau dapat pun iv tahun depan je la jang oiii..
officemate sis pada masa yg sama send resignation....so aku pun tak nak lah harap dalam waktu terdekat....yela...sebagai seorang yang memiliki hati selembut tisu...aku tak nak susahkan bos...sebab bos besar aku baik yang amat...mampu ke bos bagi kau stay kondo dua orang je?? mampu...so..aku memang admit aku syang mr ysl tu...cuma head dprtmnt aku cerewet tahap tertinggi...bab lain dia yg terbaikk..semua baik kecuali kerja kau susah nak tahan...so tup tup bila dah tak ada harapan tetiba dipanggil iv..

iv??
aku punya takut yang amat..dengan berbekalkan 100 sing dollar..maka pergi lah aku ke sg...terima kasih tak terhingga dekat nini..afiq teman...and ipang and darren sebab belanja makan...iv pukul ( 5 Jan 2016 ) 11 tapi sebab takut jam dekat imigresen maka kami bertolak pukul 7.30...mampu?
sekali.....
sebelum 8.30 ktorg dah sampai...
Ya Allah... Allah s.w.t permudahkan segalanya...dengan tak jam..dengan pertolongan rakan...Alhamdullilah..syukur..

aku pun feeling lah nak speaking...sampai sana tak jumpa lif...maka gigihlah aku dengan pakai heels panjat tangga sampai tingkat lima...sebab penat punya pasal...otak pun jadi blur..sampai aku dengan nini nak cari perkataan tarik diri dalam english pun tak boleh..otak jam..haha
iv pun sekejap..tak sampai 10 minit...and you know what...bos cakap melayu...huyooo...impress iolsss
and after iv..bos kata akan contact dalam 2 3 hari...
nak kata ok..tak tahu nak cakap..
sebab masa iv pun tanya nak gaji berapa..nak stay mana..nak kerja pukul berapa..and dia tanya antara dia dengan bos aku sekarang mana muda...
sebab aku blur aku hanya mampu jawab bos aku sekarang lahir tahun 1961..sebab otak xmampu mengira..cehhhhh ( padahal sama umur dengan ayah aku kut ! )

selesai...
tunggu punya tunggu..
tak ada jawapan..
so after a week...aku pun rasa..aku tak dapat..
aku pun redha..
aku pun tak nak lah fikir resign...nak cari ilmu..
nak kata kecewa pun tak lah sebab aku pun tak fikir sangat nak ke tidokkk..
tapi kecewa pun macam ada..bengang kut bila kau tunggu tak ada jawapan..

bilamana aku dah tak fikir..tetiba....
12/1 dapat berita aku dapat...*goyang bontot....
start 1/3....gaji ok...( gaji rahsia )....heeeer...biasa-biasa jee itewww
otak pun fikir betul ke apa aku buat...

so dalam nak buat keputusan....
esoknya aku dapat tahu...
head aku dah bagi tahu bos besar yang aku pergi iv dah bakal resign...
gua macam whattttt?????
gua tak decide lagi lah...pebenda oiii..kau dengar khabar angin kau bagi tahu ceo pe cerrrr???
aku geram ah...
bila big bos sekat bonus aku dan sekalian sebab nak tunggu resign letter dari aku..
aku tak harap pun bonus...tapi kalau dorang dah harap sangat dapat surat cinta dari aku...so aku boleh bagi...tunggu...gua terima cabaran lu..

aku minta surat dalilah ( yg dah hantar resign dulu tu )....tukar nama tukar alamat...ayat dan sebab langsung tak tukar...sebijik sejebon..
siap sampul surat pun gigih si dalilah tu buatkan..
maka...
hari tu jugak 13/01 aku hantar notis sebulan...
malas fikir lagi
jadi gentle
sebab selama ni aku kerja sungguh2...nak suruh ot 30 jam sebulan pun aku buat..
tapi tup tup buat aku camni..
but its ok...i still love you..huhu
so last day aku adalah 12/2/16
heee

terima kasih kepada semua yang doakan..yang wish..yang ucap tahniah
terima kasih ayah mak atas doa..restu
terima kasih darren... along..teh..qidd..dalilah..afiq..nini..abg izat..semua lah
dan paling penting
terima kasih Allah s.w.t

so..semua
doakan aku berjaya ye..
doakan aku dapat sesuaikan diri nanti
dipermudahkan segalanya
dipermudahkan cari bilik sewa
dipetmudahkan belajar benda baru

i can do ittt!!
chayok..

singapore..im coming...
01/03 / 2016
✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


adiossss

Saturday 2 January 2016

goodbye 2015

Assalammualaikum...

wow..sedar tak sedar 2015 dah pun melabuhkan tirai gitu..feeling tak perasan padahal kau tiap-tiap hari dok pangkah kalendar tanda menunggu masa..cehh

2015..tahun yang penuh suka dan duka
tahun terbaik
tahun penuh cabaran
tahun penuh bermakna

First, Alhamdulillah. Aku berjaya menamatkan pengajian aku dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ( Geomatik ).
Dapat menyiapksn thesis dengan jayanya. Jaya ke kalau dapat A- tu ? -.-
Eh...jaya lah kalau tengok panel aku siapa? korang dapat ke panel macam aku? ewah2...
Majlis konvokesyen pun telah berlangsung. Almaklumlah...busy benau bekerja..gambar tak dapat update..jangan kata update..nak bergambar pun tak sempat bila mana aku kerja tatkala kawan-kawan lain busy berphotoshoot sambil bermake up2. sadis bukan? Tapi apakan daya...lumrah demi mencari sesuap kenny rogers roster. hmmmm. #hambar


Second. Alhamdulilla juga. Allah s.w.t permudahkan urusan aku mencari kerja.Bila aku yang mengamalkan konsep follow the flow ada orang tawarkan bekerja. Niat di hati nak goyang kaki besenang lenang di rumah after grad terpaksa aku hapuskan. Jangan cakap goyang kaki raya pun aku tak dapat dekat rumah. Raya ketiga dah masuk kerja. Alhamdulillah walaupun aku tak dapat beraya di rumah...raya kali ni paling bermakna dapat pergi berpuluh-puluh open house siap ada geng lagi. Siap aku dapat eksyen buat open house tunjukkan skill memasak aku kat officemate..bos (crush )..classmate semua. bangga tak padahal...aku buat kek batik tahap adik2 darjah dua pun boleh buat plus buat tahu sumbat. puihhhhh.. bajet pandai masak...bila bos suruh buat sambal ikan bilis untuk satu office pun aku dah gabra tahap tak boleh tidur fikir mana aku nak upah orang tolong masakkan. cehhhhh. ( bukan tak pandai cuma tak ada kelengkapan ye kat rumah #alasan )

Third. Aku dapat laksanakan azam aku for the first time. lol. bukan azam nak kurus..tu azam sepanjang hayat yang belum pernah tercapai. Disebabkan tak tercapai kurus maka dengan saat ini aku umumkan yang aku nyah kan azam tu dari kehidupan aku. huhu
Hmmm. azam aku dimana aku nak beli kereta bila aku dah confirm kerja. Alhamdulillah. aku dapat laksanakan. adalah hasil titik peluh aku sikit. huhuhu. azam tahun baru ni pula aku tak kira aku nak kumpul duit aku nak cat kereta kaler soft pink...hoyeahhhhh. takzabarrr nye itewwww.

sebenarnya ikut hati banyak nak tulis tapi sebab type guna phone jadi malas tu bertambah-tambah di samping kepala pula berdenyut-denyut. guyssss..aku ada iv selasa ni. doakan aku ye. mungkin azam aku tahun baru ni kena cari jodoh. sebab mak asyik tanya. pening kepala nak jawab. 💪