Monday 28 April 2014

(:

ASSALAMMUALAIKUM

Haiiiiiiiiii mak jemah sekalian..
sebenarnya bertapa idea kat kepala hotak aku untuk mengarang bingkisan untuk blog terchenta ni..tetapi..almaklumlah sejak bergelar pekerja ni i busy sikit. haktuihh!
padahal engkau memang dah dasar pemalas mau cakap lagi. aiyoooo. Tengok! bila aku dah bersusah payah hadap lappy ni tup.. terus terpadam memori bak sesucii murni dah otak aku. menci!

hahh..I nak habaq mai sikit ni. Uolls nak tahu? *gaya mak jemah kepochi bergaya
kite kan tinggal 2 minggu lagi tau. Sekejap tak? sekejap kan?
Masa berlalu begitu pantas padahal otak aku masih dapat jelas mengingati waktu pertama kali aku jejakkan kaki kat office ni.
Macam2 aku belajar.
Lecturer pun dah datang *tepuk tangan. yeah!!
sebillion ucapan terima kasih kepada Dr Zulkarnaini dan En Rusli sebab bagi layanan yang torbaikkk. Dapat jugak iolls makan sate free walaupun mereka2 dok habaq dok kacau macam-macam pasal cheq.
malu la itewww cenggitu...

2 minggu lepas juga aku menghadiri majlis kahwin kakak kepada Shira. yeah!
Thanks shira invite kiteeee. Dapat jugak aku merasa berjalan setelah hampir berlama2 terkurung.
auwwwww.
rindu UTM.
rindu bangun lambat * ok, tak perlu tunjuk kemalasan! nanti jatuh saham!
rindu yg paling best rindu nak ponteng. *sigh. serius dulu asal malas ponteng kelas sekarang hambek kau semput separuh nyawa pun kena gigih pergi kerja. Almaklumlah kena feeling budak baik.
rindu shopping. * tak payah rindu kalau kau dah tahap lagi teruk dari papa kedana. nangis!

Nampak tak? aku memang tak sabau nak balik UTM pastu bila kat UTM meroyan dok habaq kat ig, twitter, FB  yang kau rindu rumah pulak. #typicalmalaysian
eh? dah memang manusia memang cenggitu la kan? well, jangan follow tebiattt tu. Tak baik!

dan disebabkan praktikal dah nak habis aku pun dok tergopoh gapah nak siapkan report yang terang tang tang memang aku malas!
TOLONG!!!!!!!!
OK lah... sekian. malas nak taip pepanjang kang aku tertulis kang pasal betapa aku sakit hati melihat si polan tu. Menci! hatechiuuuuuuuuuuuu. kau yang buat diri kau camtu kau yang buat diri kau parasit kau yang buat diri kau dibenci kau yang menyendiri kau yang mengurung diri kau yang menyakitkan hati. 
SOOO. kenapa kau nak salahkan aku yang innocent ni? Sabar ada had ok!
eh??
kbai.



* rummate techenta *
















Sunday 13 April 2014

-.-'

ASSALAMMUALAIKUM

Hai semua! Bertemu kita kembali. yahoo!!
fefeling menaip hari ini disebabkan kita ini berada dalam kebosanan tahap tertinggi ok!
Tiap-tiap hari bola, the heck? mana hak menonton kite? mana?? sedih!

Ok ketepikan cerita pasal bola.
Lately ni aku tengok ramai yang dok sibuk dengan berniaga sana sini. BERBUSINESS letewww.
Hmm..ada juga yang ajak aku. sebenarnya ramai.
AKU? ok. sorry gua tak minat laa der!

aku pun tak tahu nak habaq cegane. Aku rasa aku memang dilahirkan tanpa bakat untuk meyakinkan orang. Lagi2 nak suruh yakinkan orang beli produk aku. -.-'
Maybe aku ni kurang bakat dalam komunikasi walaupun orang dok kata aku kalau dah bersembang payoh nau nak berhenti. Orang kata lahh. Bagi aku, aku umpama gadis melayu terakhir yang pendiam dan amat pemalu orangnya. heeee..

macam aku pernah cerita dulu yang aku bekerja sebagai promoter untuk club card tesco.
Penat si supervisor aku dok bebel cara2 nak dapatkan pelanggan.
Dia kata kita mesti paksa orang. Ikut orang tu sampai rimas. Terangkan jangan berhenti2.
erghhh..not my way. Sorry k!
Kalau ikut cara aku...dah orang tu cakap sekali tak nak..aku terus flip shawl sambil bermonolog dalam hati 'Kau henggat aku heran sangat engkau tak nak buat hah? Tak nak sudah aku tak hadap k! '

hambek kau.
Tu baru orang reject.
Kalau orang bagi aku talk to the hand..menambahkan lagi lah panas di hati ini..nampak gaya sebakul makian dalam hati aku bagi.
Nampak tak? daripada aku menambah dosa baik aku tak payah terlibat dalam bidang ni.
bukan makanan aku..bukan tersemat di sanubari gitu.

so..kadang-kadang aku respect sikit dengan orang yang pandai komunikasi ni. lagi2 yang bijak manipulasi kan orang yakinkan orang. Tapi kalau dengan aku..sorry la yer dik..akak tak layan ye! haha
Salah satu sebab aku tak dapat cari pelanggan masa kerja dulu sebab dalam otak ni malas nak kacau orang.
Yela..kalau aku pun, aku nak pergi shopping yang kau dok tahan2 dah kenapa? Malas tau waa nak layan sama lu!
Jadi..sesiapa yang berbusiness tu selamat berjaya la gamaknya ye.
Akak sikit pun tak heran dan tak jeles sebab akak tak minat ye adik2.
KBAI.

Thursday 3 April 2014

#atikahpraktikal

ASSALAMMUALAIKUM.

HAI...long time ni see ahhh!
well...haruslah...di kesempatan yang indah tatkala keseorangan dekat office tatkala bos masih di Keyelll aku mencuri sikit masa untuk menulis di bog terchenta yang dah lama tak terusik kerana fobia sedikit eh..sikit je la pun..yela..karang jadi kontrovesi..malu la itewww tau cenggitu...haha..
*intro tak boleh nak panjang lagi??

yes baby, aku dah sebulan lebih berpraktikal. And haruslah seorang diri kan?
bertempat di Ukur Perkasa. Banyak yang aku belajar. Banyak pengalaman.Penyelia jangan nak cerita, baik yang amat. Kak Aza memang best gua cakap lu. Layan kerenah aku yang kadang-kadang blur tak hengatt kata kauuu..
And pasti lah ada hikmahnya masa time berebut-rebut dan adegan sailang menyailang bermula suatu ketika dahulu. Benda dah lepas malas lah gua nak cakap. *flip shawl.

Pengalaman kerja baik buruk haruslah banyak. Yang paling kelakar gua nak cerita bila time gua nak pergi kerja feeling lah ikut highway LEKAS. Yela, semua dok heboh kat aku jalan pintas nak pergi office katanya. Dari ayah sampai ke jiran sebelah rumah dok bebel suruh aku yang agak noob ni lalu. Jimat masa and minyak katanya. Jimat minyak? wooww.*monolog gua dalam hati.
Dengan berbekalkan keberanian yang aku ada, dan keyakinan yang terlalu tinggi aku pun cube, YES, dalam negeri sendiri aku sesat and highway yang aku lalu nak ke Kajang. WTH?? Gelabah tak henggat la haku, ko mampu ada u-turn ke dekat highway? Aku pun tak tahu lah setakat mana bodoh aku sampai tak reti nak membaca. So, lambat lah aku time tu dan konklusinya aku fobia nak lalu lagi. Yela, aku bab jalan ni memang blur -.-' Bagi aku jalan semua sama!

one more thing yang paling menyakitkan hati bila kereta aku tak nak bekerjasama dengan aku dah. Apa pasal pun gua tak tahu. Padahal dah banyak aku berhabis and FYI dah sebulan i tak nampak batang hidung kereta i. Sadis bukan??

Bab kerja ok. Good. Hari-hari hadap eKadaster sampai naik termuntah sebab boring plus memeningkan. Kerja luar adalah dalam 2 3 kali aku jengah. Yela, bukan apa panas sangat lah time ni. Tu pun kerja luar atas belas ehsan si Mahathir. Dekat site pun aku dengan Mahathir dok doa supaya hujan turun je sebab penat. err. Tak surveyor langsung kan aku? peduli pulak aku?

Gaji? tak payah la cerita. Hmmm. Niat kerana ilmu lagipun aku kan dalam proses pembelajaran je. 
Tapi nak dijadikan cerita sebenaunya duit PT i dah nak habis. BOROS? Eh, tak baik tau menuduh. Banyak belanja sebenarnya, betul kereta aritu dah masuk RM 500, bli handphone lagi. heeee. tu belum masuk hutang lagi baik parents lagi. Tapi nak buat camne kan, redha la, rezeki ada kat mana-mana. Pengalaman yang susah cari kan? kannn?
* ayat pasrah seorang yang dah pasrah dan redha. huhu.

Sedar tak sedar sekejap je masa berlalu. Rindu gak aku kat UTM. Paling aku rindu? Rindu dapat bangun lambat, dapat ponteng. hua2. dekat rumah lepas subuh tak boleh nak tidur dah. *bagus tak?
Hmm, sebab dekat ruma, cuba dekat u, pukul berapa i dengan rummate bangun. haha cerrr teka?
Ishhh..bangun lambat rezeki tak masuk atikah oiii. Berubah lah kalau tak camne nak kahwin. eh?

Boleh tak nak luahkan sedikit rasa hati?
Aku ni tak tahu lah, aku terlebih sensitif ke mengada-ngada ke, walaupun aku dah cuba kawal tapi tahap sensitif aku menjadi-jadi. Then, aku jugak yang rasa bersalah akhirnya. Entahlah.
Aku pun manusia biasa, ada hati ada perasaan. 
Aku ni ramai sangat yang tak puas hati. Pelik, tak buat pape pun nak benci, tak kacau orang pun orang nak dengki. Tak kata pape pun orang sesedap sailang sana sini. Jadi aku rasa dah penat. Aku rasa masa kat kelas aku pergi kelas balik kelas dengan Cik Rummate. Makan berdua, Shopping berdua, Merayau berdua and dalam kelas pun kami hanya BERDUA. Tak kacau orang. Tu pun masih ada yang benci. WELL, tak boleh nak kata hapee sebab manusia tetap manusia, Rambut sama hitam hati lain-lain. *walaupun sekarang rambut dah banyak colourful.
Jadi aku dah penat, aku rasa diperguna, penat kut kalau orang buat aku tak ada hati. Aku bukan robot nak dicampak sana sini. And aku tak suke orang nak kaitkan pasal past aku. PAST IS PAST. Semua pun pernah buat salah kan, sama lah kalau bercinta, tak ada makna kalau kau terus berbahagia kan? 
Tak challenge langsung hidup ko nyahh kalau cenggituu! idok ke gituuu? haha

so, setakat ni je la. Rasa bersalah pulak duk menaip lelama.
Kbai.