Monday 24 September 2018

I'M BACK ! SEPHORA EVENT

ASSALAMMUALAIKUM

Haiii.. lama weyh dah tak menaip weyh.
Sejak aku korbankan life aku untuk kerja 24 6/7 maka aku terpaksa lupakan life2 aku yang lain. siyeslii. bosan.
JELES? Memang aku jeles tengok life orang lain, travel sana sini, balik kampung every week, every weekend ada je aktiviti.
Aku?
Toksah harap. Kalau weekend tiap hari impian nak bangun lambat, nak tidur balik after subuh, tapi pada masa sama nak keluar breakfast tapi both hanya angan2 weyh.

so..untuk bagi merasa aku alive..so aku dah buat benda paling bodoh dalam hidup aku!
paling bodoh, paling penat tapi aku tak menyesal.

Jumaat bersamaan 21/09/2018 aku sanggup ambik cuti weyh. Cuti sebab apa? sebab aku nak queue Sephora Event. WHAT??????
Gigih la minta cuti sebab nak dapat goodies bag. memang target aku nak goodies pun sebab first 100 dapt baucar $100 then 101-200 dapat $30 so..macam duit aku boleh beli kalau aku nak kan..

tapi goodies bag dia bagi product yang ko boleh try sebab kau takkan nak beli sesaja pulak kan? benda yang kau tak pakai. so ok la..
and Alhamdulillah setelah 7 jam beratur finalllyyyyy dapat.

Aku sejenis gigih buat research konon before ni event tak ada ramai orang pun tapi beb..weyh ramai weyh yang dah beratur tidur dari semalam. siap bawak tilam. deheck weyhh? Sephora je kut. and bagi Singaporean $100 like nothing kan? tapi mak cik - mak cik siap bawak suami memasing anak2 pergi beratur. (oh..event kat SG) Terkezutttt sis tau..kejutan budaya.. sanggup eh? Aku pun gigih la jugak gerak cam biasa macam nak work..sampai before 8 konon2 tak make up pun..nak make up kat event siap pakai flowy2 skirt tapi pergi sana sume muka mengantuk mandi tak makeup pun tak? -.-
Siyes tak macam sephora. So aku pun beratur la dengan bertemankan phone je. ingat kan aku dah cukup forever alone sambil dok usha couple remaja yang dok meleseh2 bercium dari tadi (melayu). Lucky aku jumpa 2 orang senasib macam aku so ada lah temannya.
Queue dari pukul 8 dan aku masuk event pukul 2. hahhhh tepuk!!
Gigih kan sejenis atikah? hah tepuk!!

Masa tengah beratur aku dah macam nak give up sambil sumpah seranah dalam hati kenapa la aku sanggup buat benda ni lagi2 depan tu site aku, kalaulah client aku nampak apa aku buat mahunya 7 keturunan aku malu. Kalau bos nampak lagi lah sampai bile2 malu keturunan aku kan? Nasib weyh tak jumpa sesiapa. Tapi untuk meredakan kemaluan aku, so aku pun whatsapp #kamisehatisebiliksejiwa aku. So Qidd kata, ok la sekali seumur hidup aku experience benda ni at least enjoy my life. thats y i love youu so much..huhu
Nasiblah segala dalam goodies bag tu berbaloi. Walaupun aku dah berjaya stage one untuk que tapi aku tak sanggup nak pergi ke next stage nak beratur untuk bayar so kalau kau beli at least $10 boleh masuk party sebab ada banyak lagi event. Makeover, Pit ball etc. Banyak la yang bezzz tapi maaflah sampai disini saja. ampunnn nak..tak sanggup.

Sebenarnya make up aku dah cukup banyak, bukan cukup dah terlebih cukup. Aku bukan MUA, aku pun tak tahu motip aku nak beli lagi weyh. Just kill me!!!

Tapi nak buat camne, minat. Aku bukan baru minat make up2 setahun dua tahun. Dari zaman mumaiyiz lagi weyh. huhu
Masa darjah satu darjah dua sorok dalam bilik ambik lipstik mak main make up2, lipstik lah blusher, lipstik la eyeshadow. Tu belum lagi aku feeling pengantin cabut dawai2 dekat bunga telur pastu feeling buat cucuk sanggul. huhuhu. Lebihhhhhhh.
Bila da tingkatan sikit, beli pulak eyeliner dah macam ala2 gothic gitu. HUHU

Doakan sis tak beli lagi.
sebab bibir ada satu je. Lipstik ada 50+.








so sampai sini je la.
semoga kita berjumpa lagi nah.
Maybe boleh tunjuk koleksi makeup pulak or tutorial ke. hiks.
Sis da ada toy baru so baleh ambik gambar zazzz bebanyak.

kbai