Saturday 20 September 2014

Bukan Mudah

ASSALAMMUALAIKUM

Hai hai hai..
Dah nak masuk minggu ketiga semester baru tetapi aku masih ditakuk lama di mana aku masih gagal membiasakan diri dengan kelas hari Ahad. Oh why? Please lah hari Ahad di mana hari merendek-rendek ada Melodi dan berbagai lagi. #eheheh

Masuk minggu ketiga hmm assignment masih belum ada. ceh padahal PSM patut mula tetapi well biasalah mood belum kunjung tiba. Software nak guna pun masih dalam tender and keep retendering. I iz sad u know!
So, bagi mengisi masa lapang aku dengan gigih menjadi freelance bagi proses e-Kadaster. Sebenarnya tak gigih mana pun tetapi sebab aku mempunyai impian ( rahsia ) so aku harus perlu wajib mengumpul duit yang duit yang ada sebenarnya banyak dah aku berbelanja sakan makan. Atikah ooo Atikah.
Hmm..ok proses ekadaster ni bukanlah sesuatu yang best apatahlagi menggembirakan. Ini adalah disaster sebab ia mampu menguji kesabaran anda dan anda di tahap yang tertinggi. Aku? haruslah aku gagal. Mana aku reti bab sabar bagai ni.

Nak duit bukan lah mudah. Ye, duit mana nak datang kat anda bergolek-golek. So, aku kena sentiasa keep in mind nak cari duit bukan senang. Ye, tahu bukan waktu sekarang aku sibuk nak mencari duit bagai kan. Study kena lah study, bukan buat kerja lain. Tetapi memandang se-dari kecil aku dah diajar kalau nak sesuatu mesti usaha sendiri.
Example masa sekolah dulu aku mempunyai tebiat membazir di mana aku suka kumpul DVD Korea Japan Taiwan, siap gegihih kaw aku beli original yang beratus-ratus harganya.
 *menangis fikir zaman jahiliyah aku. 
Gigih jugalah aku mengumpul duit siap paksa kawan masuk tuisyen tempat aku sebab kalau kita bawa kawan pengetua tuisyen bagi duit. hikhikhik.

So, natijahnya di sini ayah ad emak aku takkan kuasa nak layan kerenah kau. Takkan apa nak esok ada depan mata. Jadi aku dah biasakan diri usaha. Walaupun aku juga sebenarnya tergolong dalam kategori manusia yang suka membazir. #sedihhh
Memandang kerja yang aku buat tak ada dateline jadi aku pun terima job ni. Semoga aku tak ditipu dan dibayar setimpal dengan kesukaran kerja yang aku buat ni. Amin. Mohon doakan jugak ye kengkawan. Bermulanya kerja part time aku disamping paksa roommate join venture sekali. haha.
Nak berbusiness nak kumpul duit memang tak lah muka aku sebab aku memang fail bab-bab cenggini. so, aku kinda respect sesiapa yang mampu kearah itu #salutesikit

Impian aku nak kumpul duit haruslah impian yang merepek actually. But its okay lah untuk kepuasan sendiri. Impian dari kecil kut yang ditentang habis-habisan oleh family. sobs sobs.

Impian aku yang pasti bukan nak kaya ok! Aku bersyukur hidup macam ni. Asal cukup makan pakai cukup keperluan cukup bagi ayah and mak. Sudah memadai.
Jangan risau iolss nak cari calon suami pun tak tengok harta benda ok! Asalkan duit halal and dapat bagi kat both family balas jasa emak ayah dah kira ok! Rezeki ada kat mana-mana. Kayuh pelan-pelan pun tak apa. rezeki Allah s.w.t tu luas. Banyak sebenarnya dugaan bila kita berada di "atas", jadi biarlah hidup bersederhana. Takut bila kaya kita terlalu dongak ke atas. Ye, aku dah banyak kali tengok, semoga kita semua dijauhkan. Bersyukur dengan apa yang ada ye kengkawan. Ingatan buat diri sendiri, berpijak di bumi yang nyata. Bersyukur dengan apa yang ada. Jangan lupa memberi bila ada rezeki lebih walaupun sedikit.
#eh dah feeling ustazah pulak itewww.

p/s : menulis nanti biar anak-anak aku baca - "Ingat, mummy usaha sendiri so korang pun sama! Tak ada makna korang nak fefeling hidup senang, apa nak korang kena dapat. Amaran keras!"
#berangan #feeling #poyo







Thursday 11 September 2014

UBAH

ASSALAMMUALAIKUM

Terkejut tak? terkejut tak sebab tetiba iolls rajin nau nak menaip belog ni?
terkejut tak? K fine! tak ada siapa peduli pun. faham faham....
Sebenarnya mood nak study belum start engine pun belum panas bak kata si Qidd
hah. aku sebenarnya nak menulis bagi pihak yang selalu salah faham dekat iolss so untuk merungkaikan kemusykilan anda semua, jadi aku bermurah hati sekali lagi nak bercerita pasal diri ini dimana rahsia atikah yang atikah tidak pernah rungkaikan kepada sesiapa.
p/s : tipu sangat bunyiknya itu.

1. GAYA JALAN
Ok. aku faham. Ramai yang tercarut dalam hati or terluah di mulut mungil memasing sebab aku ni jalan pelik sikit ke pelik banyak pun gua tak tahu.
Sebenarnya kengkawan, aku dah banyak kali cuba sedaya upaya sepenuh tenaga nak ubah gaya jalan aku yang boleh diibaratkan seperti terlebih bengkung sewaktu bergelar baby 22 tahun yang lalu.
Dari sekolah rendah hingga ke universiti ada je pihak yang suka komen gaya jalan iolss. sedih iollss *lap aer mata
Diingatkan, aku tak teringin pun nak jadi model ke, jalan silang silang kaki ke tapi memang tak boleh nak ubah seperti kau nak ubah dari makan tangan kanan ke makan guna tangan kiri. #eh?
So, ada sesiapa ada petua bagi cheq ubah gaya jalan? ada? sila angkat tangan sekarang kalau ada!

2. PERANGAI
Hahh. ni aku jarang tunjuk or cakap kalau orang yang tak rapat ke kurang rapat dengan aku.
Dari kekecik dulu ayah iolss suka panggil gua BOBOI. boboi ok bukan boboiboy. Sampai sekarang pun kengkadang aku konfius ayah aku panggil aku ke panggil kucing. LOL. letak nama kucing sama apehalll?
Disebabkan itu jugak sebenarnya perangai aku macam laki jugak. aku agak kasar. peramgai pun kasau je sebenarnya. Yela, sebab ayah nak anak lelaki tapi aku keluar sebab the only one adik lelaki aku lambat kan lahir, 10 tahun bezanya, aku dilatih macam lelaki. Kat rumah tak mainlah duk dapur tolong mak masak, dulu bila dekat rumah, kerja aku cat rumah, cabut rumput, basuh kereta, tebas semak, cat ceiling sampai hampir terpelenguk tengkuk cheq ok! So, aku ni agak sado ye kengkawan walaupun pada dasarnya aku lah paling kuat jatuh sakit. Hmmm. aku rasa mungkin sebab aku ni berdarah AB. #motippp?

3. PEMALAS
Aku dulu boleh kata pemalas orangnya tapi sekarang bila aku dah berkeinginan nak kahwin so aku dah semakin rajin. POYO gila cakap pasai kahwin padahal tak ada orang sudi nak kan kau wey! haha
tapi dalam pemalas-pemalas aku, aku tak boleh nak tengok bersepah, basuh tak berbasuh. Boleh tak masuk otak apa aku belajau kalau baju lama tak berbasuh sebab hati gua tak tenang woo. #hiperbola
Iolsss basuh tangan ok, tak main basuh-basuh mesiin ok!
aku satu perkara yang aku tak suka jugak sebab bila aku nak sesuatu perkara or nak beli something, aku nak jugak time aku terpikir benda tu. Kesabaran yang kurang dalam diri ini. so aku nak ubah..

4. GARANG
Aku sangat garang orangnya terutama dekat adik-adik. Tak caya boleh interbiuuu adik-adik wa. Hmm, mungkin sebab aku dah dilatih supaya anak-anak mak aku jaga supaya ada someone yang dorang takut so tak ada lah nakal sangat. Tapi aku yang jadi mangsa. lol ok!
Mak mesti cakap - "kalau nakal-nakal mak panggil angah"
so, bukan salah aku tau, mak yang ajau cenggitu.

hmmm. oklah.
Intihanya / natijahnya / konklusinya ( pencinta bahasa melayu ) banyak benda yang aku nak ubah dalam diri ni, yang pasti nak jadi semakin baik. Lagipun umur semakin meningkat perangai perlu lah ubah dimana yang baik haruslah dijadikan contoh dan tauladan. Yela, takkan aku nak jadi forever si rebellion kan? In sha Allah, kita ubah perlahan-lahan ye perangai kita.
Sedang belajar jadi pemaaf jugak. hmm. tapi bab gaya jalan tu susah ok nak ubah bila dah tua bangka. Mohon faham!

aku sebenarnya menulis sebab tak nak diri terbuai lalu terlena. Pening kepala pulak dok hadap lappy lelama.
Adakah itu petanda aku kena pakai spek? oh, tidak!



* how time flies :'( *

Wednesday 10 September 2014

#doubleAtriptoUSS

ASSALAMMUALAIKUM



hai. hai. hai.
happy kan bunyinya? haruslah happy kan dapat berjalan walaupun hanya sekangkang kera je pun. puihh
happy walaupun tengok dompet hampir menangis keterharuan.
habis duit cheq nok.

ok. ok
back to the story
UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE
walaupun aku ni duduk ibarat sekaki nak masuk Singapore tu punya lah banyak halangan dan dogaan untuk kami berdua pergi.
Bila ada masa tak ada duit and sebaliknya bila ada duit tak ada masa.
So, dengan berbekalkan kecekalan lagi-lagi bila dah melangkah final year so kami berdua bertekad nak jugak pergi travel berdua sebelum kahwin lah kata kawww.

sooooo.. finally
Alhamdulillah kami selamat pergi dan pulang.
syukur.

Bajet?
memandangkan kami berdua duduk di Johor so cost agak kurang lah kan?
kalau ada di antara yang ingin pergi paling kurang kau ada RM 400 korang dah boleh pergi, lagi-lagi yang kurang suka shopping tak macam aku lah.

#pasport - RM100
#tiket - RM200 ( boleh dapat lagi murah )
#duit poket - $50 = RM130

hahh. murah kan? hmmm. boleh lah tapi korang jangan ikut macam hakuuu.
kasut nak beli baru baju nak beli baru seluar nak beli baru.
hampeh punya perangai sangat wahai atikah!

gigih jugak lah si rummate berasak-asak untuk dapatkan boots Kak Maneh #bootsbyFRKL semata-mata nak pergi USS.
So..anak-anak semua jangan ikut perangai hakkakk tau.

keseluruhannya bagi aku trip kitaorang best, seronok, dapat spend time together tanpa ada terselit sedikit perasaan bersalah sebab memonteng kelas.
walaupun banyak sebenarnya ride yang tutup sebab maintenance tapi sebenarnya haku bersyukur sebab main roller coaster tu tutup. haha. iolsss bukan takut tapi kurang berani. #ceh.

malas lah nak cite panjang sebab dua tiga menjak iolsss pening kepala keteramatan
stresss lag cenggin *nangis
so. kite tengok gambar. jom!

p/s : next trip plan nak bawak family pulak bercuti. semoga dipermudahkan.
In sha Allah ( tu pun kalau den kerja tak ditipu laiee. sobs sobs )

























SEKIAN.
Semoga jumpa lagi USS :)

Monday 8 September 2014

#20factsaboutme

ASSALAMMUALAIKUM




20 FACTS ABOUT ME ??
semua dok loklak kan post kat inseta pasal diri kan??
so iolsss pun sibuk lak gak tapi nak rare sikit post kat blog..barulah boleh post panjang berjela umpama feeling diri kau tu retis yang semua dok nak tahu pasaii diri kau kan? kan? bajet sangat kau atikah oiii

so..this is mine :-

1. Nama diberi Nurul Atikah bt Abdullah.
Paling tak suka time belajar agama bab anak luar nikah sebab semua mesti dok usha aku pelik sebab nama ayah aku Abdullah. Hellloooo. Nama ayah I Abdullah bin Mohd Kasim ok!!

2. Suka berangan.
Ini kerana semua watak dalam cerita romantis yang geli-geliman tu adalah aku. Currently aku merasakan diri aku Armel Aisya dalam Rindu Awak 200% tu. Feeling kan?

3. Seorang yang tidur tegak.
Macam mana aku tidur macam tu jugak rupa aku bila bangun. Hahh. bagus kan? sampai roomate aku sering risau takut aku pengsan ke tidur.

4. Gila shopping. ( kasut and kasut and kasut )
Tapi aku masih shopping berpada so kepada lelaki yang diluar sana yang nak jadikan iolss isteri jangan takut ye! Aku shopping sikit je. ( paling suka : yakinkan roomate untuk shopping supaya tak rasa bersalah berseorangan. heee )

5. Sangat yakin bab memonteng kelas ( sekarang pun tengah ponteng kelas ) tapi tak suka pergi lewat ke kelas. Sangat sakit hati kalau terpaksa menunggu - mesti penuh carutan terpendam di hati.

6. Azam sepanjang hayat adalah nak kurus.
Setiap tahun azam aku tak pernah berubah dan of course tak pernah kesampaian. sobs sobs.
apakah salah diriku ini????? *tak dapat terima kenyataaan

7. Pentingkan family.
Ayah, emak dan adik-adik.
Berani usik family aku, aku benci sepanjang hayat dan tiada maaf bagimu! understand! yes- i hate you

8. Tak suka bebudak tapi bebudak suka aku! apakah?
Disebabkan mak aku jaga budak since umur aku 4 tahun so aku dah tersangat biasa dengan kekanak. So, agak bosan lah bila aku terpaksa menghabiskan cuti-cuti aku di umur 22 ini dengan cerita Upin Ipin, Boboiboy dan Astro Ceria sepanjang masa! Mana hak menonton aku?

9. Super Sensitif.
Aku memang sensitif, sikit pun kalau aku rasa nak merajuk nak sentap aku akan sentap. Kadang-kadang cepat cool kadang-kadang pendam dalam hati.

10. Sayang kawan-kawan.
Tapi aku tak suka berkawan dalam kumpulan yang ramai, so aku banyak berdua dengan roomate terchenta je. Mungkin ramai ingat aku lupa kawan-kawan and mungkin aku tak tegur tak like tak mesej tapi aku ingat anda semua. yes. anda! Tapi sekali kau sakitkan hati aku, kau masuk list musuh aku. sorry!

11. Si pemuka sophistikated ( betul ke eja? )
Muka aku sombong so sape yang belum kenal aku mesti kata aku sombong and mesti puas carut aku sana sini. Tapi sebenarnya aku ok je cuma aku ni pemalu sikit nak memulakan sesuatu bicara. Jadi kalau nak berkenalan jomlah. yuhuuuuuuu

12. Penakut tak bertempat.
Kalau si roomate takut nak call orang aku pulak takut nak call ke mesej ke kalau nak beli something. Paling nebes kalau nak call dominos ke Mcd ke ( tapi sekarang aku dah boikot ). Boleh hampir tercirit punye nebes sebab operator cakap laju sangat oii.

13. Lemah bab menghafal.
aku bab-bab menghafal memang payah. So aku kalau dalam exam mesti suam-suam kuku sebab aku kurang daya menghafal. Sedih kan?

14. Pernah masuk newspaper sebab dapat 8A PMR. *angkat kening bangga

15. Sebab poyo dapat 8A PMR, maka SPM sangat teruk. 
Slip peperiksaan SPM terbakar masa pihak sekolah nak laminatekan. Double sedih.

16. Masuk UTM umpama anugerah yang tidak terhingga sebab aku sering dicanangkan nak masuk UTM susah lagi-lagi dengan result penuh keterukan masa zaman matrikulasi dulu.

17. Tak pandai mengatakan TIDAK.
Sebabkan itu aku selalu dibuli. DIBULI!!! Ramai suka gunakan aku, itu yang aku rasa dan aku rasa sangat sedih. sobs sobs

18. Malu nak berak bila ada orang lain dalam tandas.
# mungkin salah satu punca aku tak kurus ! #alasan

19. Walaupun dah 22 tahun aku tetap pencinta tegar Teddy Bear.
Nak ngurat? Bagi je teddy bear konfirm aku cair umpama ais krim melebur tatkala cuaca panas. #eh?

20. Benci FAKERS.
Kalau tak suka aku, cakap tak suka and sila buat cara macam tak suka!
Tak perlu sesusah kan diri jadi F.A.K.E.
Rimasss ok!
and aku benci ayat :-
"KENAPA KAU TAK ADA BF? " -benciiiiiiiiiiiii

ok? puas ke idok?
*padahal tak ada siapa pun nak tahu pasal diri kau tu. lol