Monday, 8 September 2014

#20factsaboutme

ASSALAMMUALAIKUM




20 FACTS ABOUT ME ??
semua dok loklak kan post kat inseta pasal diri kan??
so iolsss pun sibuk lak gak tapi nak rare sikit post kat blog..barulah boleh post panjang berjela umpama feeling diri kau tu retis yang semua dok nak tahu pasaii diri kau kan? kan? bajet sangat kau atikah oiii

so..this is mine :-

1. Nama diberi Nurul Atikah bt Abdullah.
Paling tak suka time belajar agama bab anak luar nikah sebab semua mesti dok usha aku pelik sebab nama ayah aku Abdullah. Hellloooo. Nama ayah I Abdullah bin Mohd Kasim ok!!

2. Suka berangan.
Ini kerana semua watak dalam cerita romantis yang geli-geliman tu adalah aku. Currently aku merasakan diri aku Armel Aisya dalam Rindu Awak 200% tu. Feeling kan?

3. Seorang yang tidur tegak.
Macam mana aku tidur macam tu jugak rupa aku bila bangun. Hahh. bagus kan? sampai roomate aku sering risau takut aku pengsan ke tidur.

4. Gila shopping. ( kasut and kasut and kasut )
Tapi aku masih shopping berpada so kepada lelaki yang diluar sana yang nak jadikan iolss isteri jangan takut ye! Aku shopping sikit je. ( paling suka : yakinkan roomate untuk shopping supaya tak rasa bersalah berseorangan. heee )

5. Sangat yakin bab memonteng kelas ( sekarang pun tengah ponteng kelas ) tapi tak suka pergi lewat ke kelas. Sangat sakit hati kalau terpaksa menunggu - mesti penuh carutan terpendam di hati.

6. Azam sepanjang hayat adalah nak kurus.
Setiap tahun azam aku tak pernah berubah dan of course tak pernah kesampaian. sobs sobs.
apakah salah diriku ini????? *tak dapat terima kenyataaan

7. Pentingkan family.
Ayah, emak dan adik-adik.
Berani usik family aku, aku benci sepanjang hayat dan tiada maaf bagimu! understand! yes- i hate you

8. Tak suka bebudak tapi bebudak suka aku! apakah?
Disebabkan mak aku jaga budak since umur aku 4 tahun so aku dah tersangat biasa dengan kekanak. So, agak bosan lah bila aku terpaksa menghabiskan cuti-cuti aku di umur 22 ini dengan cerita Upin Ipin, Boboiboy dan Astro Ceria sepanjang masa! Mana hak menonton aku?

9. Super Sensitif.
Aku memang sensitif, sikit pun kalau aku rasa nak merajuk nak sentap aku akan sentap. Kadang-kadang cepat cool kadang-kadang pendam dalam hati.

10. Sayang kawan-kawan.
Tapi aku tak suka berkawan dalam kumpulan yang ramai, so aku banyak berdua dengan roomate terchenta je. Mungkin ramai ingat aku lupa kawan-kawan and mungkin aku tak tegur tak like tak mesej tapi aku ingat anda semua. yes. anda! Tapi sekali kau sakitkan hati aku, kau masuk list musuh aku. sorry!

11. Si pemuka sophistikated ( betul ke eja? )
Muka aku sombong so sape yang belum kenal aku mesti kata aku sombong and mesti puas carut aku sana sini. Tapi sebenarnya aku ok je cuma aku ni pemalu sikit nak memulakan sesuatu bicara. Jadi kalau nak berkenalan jomlah. yuhuuuuuuu

12. Penakut tak bertempat.
Kalau si roomate takut nak call orang aku pulak takut nak call ke mesej ke kalau nak beli something. Paling nebes kalau nak call dominos ke Mcd ke ( tapi sekarang aku dah boikot ). Boleh hampir tercirit punye nebes sebab operator cakap laju sangat oii.

13. Lemah bab menghafal.
aku bab-bab menghafal memang payah. So aku kalau dalam exam mesti suam-suam kuku sebab aku kurang daya menghafal. Sedih kan?

14. Pernah masuk newspaper sebab dapat 8A PMR. *angkat kening bangga

15. Sebab poyo dapat 8A PMR, maka SPM sangat teruk. 
Slip peperiksaan SPM terbakar masa pihak sekolah nak laminatekan. Double sedih.

16. Masuk UTM umpama anugerah yang tidak terhingga sebab aku sering dicanangkan nak masuk UTM susah lagi-lagi dengan result penuh keterukan masa zaman matrikulasi dulu.

17. Tak pandai mengatakan TIDAK.
Sebabkan itu aku selalu dibuli. DIBULI!!! Ramai suka gunakan aku, itu yang aku rasa dan aku rasa sangat sedih. sobs sobs

18. Malu nak berak bila ada orang lain dalam tandas.
# mungkin salah satu punca aku tak kurus ! #alasan

19. Walaupun dah 22 tahun aku tetap pencinta tegar Teddy Bear.
Nak ngurat? Bagi je teddy bear konfirm aku cair umpama ais krim melebur tatkala cuaca panas. #eh?

20. Benci FAKERS.
Kalau tak suka aku, cakap tak suka and sila buat cara macam tak suka!
Tak perlu sesusah kan diri jadi F.A.K.E.
Rimasss ok!
and aku benci ayat :-
"KENAPA KAU TAK ADA BF? " -benciiiiiiiiiiiii

ok? puas ke idok?
*padahal tak ada siapa pun nak tahu pasal diri kau tu. lol

No comments:

Post a Comment