Terkejut tak? terkejut tak sebab tetiba iolls rajin nau nak menaip belog ni?
terkejut tak? K fine! tak ada siapa peduli pun. faham faham....
Sebenarnya mood nak study belum start engine pun belum panas bak kata si Qidd
hah. aku sebenarnya nak menulis bagi pihak yang selalu salah faham dekat iolss so untuk merungkaikan kemusykilan anda semua, jadi aku bermurah hati sekali lagi nak bercerita pasal diri ini dimana rahsia atikah yang atikah tidak pernah rungkaikan kepada sesiapa.
p/s : tipu sangat bunyiknya itu.
1. GAYA JALAN
Ok. aku faham. Ramai yang tercarut dalam hati or terluah di mulut mungil memasing sebab aku ni jalan pelik sikit ke pelik banyak pun gua tak tahu.
Sebenarnya kengkawan, aku dah banyak kali cuba sedaya upaya sepenuh tenaga nak ubah gaya jalan aku yang boleh diibaratkan seperti terlebih bengkung sewaktu bergelar baby 22 tahun yang lalu.
Dari sekolah rendah hingga ke universiti ada je pihak yang suka komen gaya jalan iolss. sedih iollss *lap aer mata
Diingatkan, aku tak teringin pun nak jadi model ke, jalan silang silang kaki ke tapi memang tak boleh nak ubah seperti kau nak ubah dari makan tangan kanan ke makan guna tangan kiri. #eh?
So, ada sesiapa ada petua bagi cheq ubah gaya jalan? ada? sila angkat tangan sekarang kalau ada!
2. PERANGAI
Hahh. ni aku jarang tunjuk or cakap kalau orang yang tak rapat ke kurang rapat dengan aku.
Dari kekecik dulu ayah iolss suka panggil gua BOBOI. boboi ok bukan boboiboy. Sampai sekarang pun kengkadang aku konfius ayah aku panggil aku ke panggil kucing. LOL. letak nama kucing sama apehalll?
Disebabkan itu jugak sebenarnya perangai aku macam laki jugak. aku agak kasar. peramgai pun kasau je sebenarnya. Yela, sebab ayah nak anak lelaki tapi aku keluar sebab the only one adik lelaki aku lambat kan lahir, 10 tahun bezanya, aku dilatih macam lelaki. Kat rumah tak mainlah duk dapur tolong mak masak, dulu bila dekat rumah, kerja aku cat rumah, cabut rumput, basuh kereta, tebas semak, cat ceiling sampai hampir terpelenguk tengkuk cheq ok! So, aku ni agak sado ye kengkawan walaupun pada dasarnya aku lah paling kuat jatuh sakit. Hmmm. aku rasa mungkin sebab aku ni berdarah AB. #motippp?
3. PEMALAS
Aku dulu boleh kata pemalas orangnya tapi sekarang bila aku dah berkeinginan nak kahwin so aku dah semakin rajin. POYO gila cakap pasai kahwin padahal tak ada orang sudi nak kan kau wey! haha
tapi dalam pemalas-pemalas aku, aku tak boleh nak tengok bersepah, basuh tak berbasuh. Boleh tak masuk otak apa aku belajau kalau baju lama tak berbasuh sebab hati gua tak tenang woo. #hiperbola
Iolsss basuh tangan ok, tak main basuh-basuh mesiin ok!
aku satu perkara yang aku tak suka jugak sebab bila aku nak sesuatu perkara or nak beli something, aku nak jugak time aku terpikir benda tu. Kesabaran yang kurang dalam diri ini. so aku nak ubah..
4. GARANG
Aku sangat garang orangnya terutama dekat adik-adik. Tak caya boleh interbiuuu adik-adik wa. Hmm, mungkin sebab aku dah dilatih supaya anak-anak mak aku jaga supaya ada someone yang dorang takut so tak ada lah nakal sangat. Tapi aku yang jadi mangsa. lol ok!
Mak mesti cakap - "kalau nakal-nakal mak panggil angah"
so, bukan salah aku tau, mak yang ajau cenggitu.
hmmm. oklah.
Intihanya / natijahnya / konklusinya ( pencinta bahasa melayu ) banyak benda yang aku nak ubah dalam diri ni, yang pasti nak jadi semakin baik. Lagipun umur semakin meningkat perangai perlu lah ubah dimana yang baik haruslah dijadikan contoh dan tauladan. Yela, takkan aku nak jadi forever si rebellion kan? In sha Allah, kita ubah perlahan-lahan ye perangai kita.
Sedang belajar jadi pemaaf jugak. hmm. tapi bab gaya jalan tu susah ok nak ubah bila dah tua bangka. Mohon faham!
aku sebenarnya menulis sebab tak nak diri terbuai lalu terlena. Pening kepala pulak dok hadap lappy lelama.
Adakah itu petanda aku kena pakai spek? oh, tidak!
* how time flies :'( *
No comments:
Post a Comment