Thursday 31 March 2016

Hard

Assalammualaikum

hmmm..badan dah letih..otak dah penat..mata dah mengantuk tapi....tak boleh tidur..maybe sebab lampu terangg benderaaaang lagi depan mata hakak kut.

Alhamdulillah. Hari ini bersamaan 31/03/2016 dapat gaji..
Tak tahu nak kata apa..sebab for the first tine dalam hidup..ini kali pertama hakak merasa apa itu kering kontang..

Alhamdulillah. Bila kita rasa susah sebenarnya ada orang yang lebih susah dari kita. Itu yang patut kita semua rasa dan itu yang patut aku rasa sebenarnya. Sebenarnya dah seminggu lebih aku kurang duit sampai perlu ikat perut. Sumpah tak pernah rasa terdesak gayaaa gini. Dulu masa zaman U rasa susah sikit call mak tebalkan muka minta duit padahalll masa kau dapat ptptn yang sikit tu juga kau berjolii sakan shopping sana sini...pastu susah minta tolong mak. .#anaktaksedardikhuntung

Masa kerja dekat JB masa terdesak2 pun tengah bulan OT masuk..tak pun dalam fridge berlambak makanan tak sihat minta digoreng. Ni.....bank malaysia tak ada. Dalam dompet pulak ada Rm 34 campur duit syiling ada lah dalam 40 hengget. Nak tukar duit malu pulak..So aku terpaksa jalankan plan ikat perut. Makan pagi je..hmmm .memang lah aku selalu makan pagi je tapi ada lah siap teh panas ke..teh ais ke..makan pun nasi lemak campur ayam campur telur (set) ...tapi minggu ni aku makan mee..beehon je sebab nak jimat and air pun tak mampu beli..yela..kau ada 12sgd je dari minggu lepas oii. Mampu kau aku survive? time camni lah perut balik kerja nak merengek...ada lah aku beli ayam goreng $1.70 sebab tak mampu tahan lapar...maybe sebab makan beehon kut tak mampu nak adjust perut aku..( makan sikit tapi tak kuruss ponggg )

Jadi aku rasa down seminggu ni. Mood tak ada. Kaki sakit. Rasa nak menangis tapi tak terkeluar air mata. Nak pinjam?? Maluuu..Jadi sebab dah terlalu desperate ayah pun bagi duit..tapi camne nak ambik??? So rancangan aku lynn datang ahad ni bank in dalam bank dia suruh dia bawa ahad nanti. Tapi Alhamdulillah dapat gaji so aku pun bank in duit ayah bagi kat ayah balik.

Tadi masa aku makan aku rasa down gila sebab aku tak mampu sumbat sebab aku tak suka mee. Then Allah pun tunjukkan kat aku. Tetiba terbuka FB..ada video pasal syria seorang budak lelaki kecil malu nak minta makanan sebab dia dengan adik dia dah 3 hari tak makan. Terus insaf. Aku kurang duit tapi tetap dapat makan. Ada orang lebih susah kut dari aku. Aku susah sikit dah nak give up dah nak down padahal orang lain lebih susah.

Bila aku pergi kerja letih. Kena bangun pagi. Kena naik mrt satu jam. kena jalan kaki. Aku rasa penat. Aku kuatkan diri aku tengok ayah aku mak aku. Ayah pun kerja sabtu. Tapi ayah tak pernah pun merungut. Emak pun bangun 5.30 setiap hari walaupun surirumah. Nak kejut adik2 pergi sekolah. Masak breakfast. Aku kalau ada kat rumah pun bangun 6.30 sembahyang. Kalau tak kerja tu 9 lebih aku boleh curi2 tidur. Emak tak pernah pun ambik masa nak tidur kejap ke. Lepas sarapan mak terus buat kerja. So bila aku rasa susah aku kena ingatkan diri apa mak dengan ayah buat nak besarkan aku. Aku ni dahlah degil. kepala batu. Jahat. Tak pandai mana. Kuat melawan. Kuat merajuk. Tapi emak dengan ayah tetap ada. Tiap hari call aku tanya camna. Jadi aku akan sentiasa kata aku ok. Duit cukup. Dah makan balik kerja walaupun tak. Aku rasa homesick sangat weyhhh..Nak menangis...

Selama ni bila aku ada kawan masa U ke masa kerja ke aku ni jarang balik rumah. Langsung tak homesick kut. 
Aku bukan anak yang baik padahal aku boleh je balik kan. Sampaikan aku kerja hari tu Hari Raya Haji pun aku tak balik. Alasan nak jimat duit. Sebab minggu depan tu nak balik qidd kahwin. Jahatkan aku? kawan boleh balik raya tak nak minta maaf dengan mak ayah. Sebab tu sekarang bila aku seorang...aku rindu family aku sangat. Sini sebulan aku rasa setahun lebih setahun. Penatnya hanya tuhan yang tahu. Lonely nya hanya tuhan yang tahu.
So aku kena tekad aku kena selalu balik. Duit...masa boleh dicari tapi family hanya ada satu. Lebiuu.

Kalau fikir aku boros kat sini. yup. Ada satu dua aku beli. Tapi aku datang bawa 990sgd. Sewa je 525sgd. Kad mrt 122sgd siap top up. Sim kad 18sgd. Kaki sakit beli kasut 45sgd. (2 pasang). Satu vs body mist. Makanan sikit. Dan pengakhiran sebelum gaji aku ada 4.50 sgd. wowww. bukan. Oh sewa mahal? tu bulan pertama je sebab kena bayar agent 175sgd. Total rumah je 885sgd sebab satu bulan deposit. satu bulan sewa. setengah bulan agent. Jadi aku mampu survive kalau aku fikir boleh.


So kengkawan. Apa-apa pun jangan give up ok. And sentiasa sayangi dan kenang jasa family kita. Ayah emak kita. 

ok. cawww

Sunday 20 March 2016

Life :(

Assalammualaikum

Life.....
Sometimes its hard but semuanya selesai dengan bagaimana kita atasinya.
Itu yang aku rasa.
Yes. Aku dalam situasi yang sukar. Aku rasa semuanya susah. Makan susah. Kerja amat susah. AMAT. Maybe sebab aku tak faham tambah dengan rasa takut lagi. Pergi kerja susah bilamana kau before this dah terbiasa dengan empat tayar kini terpaksa naik public yang ada tak terkira roda. ( kut ) Susah plus penat. Bahasa susah. Kawan tak ada. Susah nak interact bila mereka banyak faham cina than english. Sampaikan kau terpaksa tulis english and dorang translate cina untuk mengerti  Hmmmm. Sesuaikan diri bukan perkara mudah bilamana aku terasa forever alone. FOREVER. Aku ni jenis suka sok sek sok sek and bila terpaksa buat hal sendiri. Susah.

Susah. Susah. Susah.
Itu je dalam otak aku. Tapi apa aku boleh buat? Nothing?
No...Aku kena hadap je. Aku kena usaha lebih sikit. Eh bukan sikit. Banyak. Aku kena usaha. Aku kena berani  Tapi aku tak tahu lah kali ni teruk sangat negativity dalam sel-sel tubuh aku. Aku hampir give up. Tapi aku tak boleh menangis  Sebab ni pilihan aku. Aku dah sampai sejauh ini and aku langsung tak boleh patah balik. Tak ada cara untuk aku patah balik. Hmmmm

Aku rasa aku kena tempuh ini semua macam aku tempuh stage2 kehidupan aku sampai lah umur aku sekarang.

For example :

Masa tadika aku nervous sebab cikgu suruh aku masuk pertandingan baca doa. Nervous. Tapi aku kena buat.

Masa sekolah. Macam mana takut pun kau kena buat. Macam mana sukar pun kau kena tenpuh. Presentation. Oral speaking  Impromptu. Speech. Semua aku dah lalui. Oh. masa aku masuk pertandingan pantun and debat  Ya Allah nebes tu sampai terketar2. Masa tu aku mesti cakap dalam diri aku kenapa aku masuk? Kan bagus kalau tu bukan aku. Sampai nak tarik diri last minit.

Masa universiti 
Hmm. Setiap kali presentation tak pernah aku tak nervous. Tapi yang paling aku ingat. Bila entah macam mana aku menang jawatan Setiausaha Agung PEMETA. Buat kerja aku tak kisah tapi part last kau kena kena buat pembentangan AGM.  mahu pengsan aku rasa sampai aku ni berucap selaju bullet train tanpa sempat bernafas oii. Masa tu why always me sentiasa dalam fikiran.

Masa start kerja. Sama lah masa intern ke sampai aku kerja kat JJJ. Nervous tu hanya tuhan yang tahu. Macam mana aku struggle kerja dekat JJJ pada mulanya. Dengan stress. Dengan nak sesuaikan diri. Aku pun tak ingat berapa lama aku ambil masa untuk sesuaikan diri. Macam mana aku hadapi dulu makan kat mamak sorang2 sebab aku tak ada kawan. Macam2 oii. Sampailah kegirangan aku bermula bila Teh dengan Mahathir ada.

Ni antara stage kehidupan aku yang aku sempat tulis. Tu belum lagi masuk exam. Tapi mostly aku ni bukan rajin belaju sangat so tak termasuk kut point takut tu. Aku sejenis redha dapat ke tak dapat result baik sama ada aku belajar ke tak subjek tu. Sebab tu aku ni tak payah dok loklah bawak nota kekecil selit belakang kertas jawapan masa final exam or masukkan nota dalam phone sambil adrenalin mengalir laju takut kantoi masa final. haha. Sebab aku jenis redha. Aku study ke tak. Aku tetap nak keluar awal time exam. Setahu aku last final exam yang semester ke 8 aku keluar awal untuk tiap paper. And aku tak lah study sangat sebab kan dah habis Viva macam tu. Tengok orang meniru? adalah secebis geram rasa nak angkat tangan kantoikan. Tapi biarlah kan. Aku bukan baik sebab aku ada tiru gak 2 3 keping masa test. huhu. #jangantiruaksiini

So sekarang aku kena redha jugak and cuba sehabis baik untuk sesuaikan diri. yuhuu. Aku kena ingat kalau dulu aku mampu and sekarang pun aku mampu. Aku kuat. Doakan aku. Aku stresss.

Thursday 10 March 2016

Singapore

Assalammualaikum

Hari ni hampir 10 hari lah aku kerja. dan...... huhuhu je mampu aku katakan. Sejak duduk Singapore ni aku menjadi semakin pendiam. Haruslah pendiam bila boleh dikatakan orang kat sini semua kerja je oiiii. Tak ada istilah menyembang sok sek sok sek macam office lama aku dulu. sobs sobs. Jadi aku pun tak lerr banyak mencarut..cuma tadi tercarut sikit sebab minah sebelah aku dalam mrt menyembang otp sampai satu jam ibarat mrt niii diaaa yang punya plus mrt delay...
 Sampaikan aku rasa air liur aku pun minta dikeluarkan untuk proses. Jiran sebelah meja aku dari china. Baik baik. Comel comel tapi kureng pulak cakap english. Rasanya 2x5 dengan aku cuma aku ada plus sikit lah kut. Awkward ke tak awkward oiii bila kau masuk kerja tak ada sesi pengenalan diri oiii. Masuk masuk terus buat kerja. Me kennnott brain ok.. Kezutannn dengan aku blur nya oi..

Life aku agak tersusun kut atau lebih dikatakan agak membosankan. Sini semua laju. Jalan laju. Cakap laju. Buat kerja kena laju. Sampai jalan dekat shopping complex pun laju hoiii.

Tiap hari rutin aku sama. Sama pun aku still tak boleh nak adapt hoii dengan mrt yang jauh perjalanan tak luas pemandangan tu oiii. Penat oi kaki aku nak kena berdiri dekat satu jam. Dulu time kawad pun aku selalu buat nak pitam kalau kena berdiri lama2.  Ni pulak kena hadap tiap hari. #nangis 

Tiap hari aku akan bangun 5.30 pagi. Mandi. Make up ( huhu ) Sembahyang. Lepas sembahyang pakai tudung terus keluar. Adalah dalam 6.15 pagi. Jalan kedek2 lenggang kangkung sampai lah mrt dalam 6.30 pagi. Sebab aku tak suka kelajuan aku akan jalan fefeling hirup udara segar. Tak kuasa sis nak lari2 jalan rush2 ni oii. patah kaki nanti. Lagipun aku malaysian kan. So tunjuk lah aku malaysian. puihhhh. Ok sampai dekat mrt Aljunied ( dekat office ) dalam pukul 7.20 camtu. And terus sarapan. merangkap makan seluruh hari. ( bukan diet tapi jimat ). Oh lupa aku stay dekat Jurong West. Mrt terdekat Boon Lay. So Boon Lay nak ke Aljunied ni dalam 50 minit tu pun kalau tak ramai orang. 

Perjalanan tak terhenti disitu saja. Lepas makan. Makan laju2 ibarat tak makan berapa hari ( kira tak makan satu hari kut ) , makan laju sebab nak kejar masa....kena jalan kaki nak ke office dalam 15 minit. Tu pun dah habis laju aku jalan sebab nak kena naik jejantas. Naik jejantas pun dah buat satu badan aku lemah longlai. Dulu masa dekat rumah keluar shopping dengan mak pun boleh gaduh kalau aku tak nak ikut jejantas..tapi ni harus sebab mana boleh lintas sebab ada pagorr tinggi. #cissss

And aku ambik nafas duduk kat taman 5 minit and touch up pepeluh and masuk office. Sambil tu lambai uncle yang selalu wish morning kat aku. Tengook..Aku dah ada kawan....#angkatkeningbangga. So dalam 7.50 pagi aku akan sampai office. Kat sini semua ada waktu lain2. Tak ada punch card. Tak ada tulis nama. Masuk je. Yang aku pelik orang datang awal ( maknanya balik awal ) dia akan tidur. Aku je berdesup on computer and start kerja. Cam tu jugak rehat. Rehat 12-1....tapi lepas 1 dorang akan tidur setengah jam. Hmmmmm. Aku tak faham. Yang aku tahu time rehat aku tengok running man sambil cover2 gelak..kalau dekat U dulu selalu kena marah dengan roommate kalau gelak kuat2. huhuhuhu.

Buat2 kerja and terus buat. Bangun pergi sembahyang. Sini bagus. Sediakan tempat sembahyang walaupun ada 3 orang Islam je..huhu 2 lelaki dan aku sorang perempuan. Tepat pukul 6 aku balik tanpa mempedulikan arahan suruh aku OT. oiii. Kalau aku ot nanti dah gelap aku nak jalan balik mrt. Iossss takut oiiiii. Sesedap suruh aku ot. Dulu pun aku ot masa weekend je tau. Ahhhh. tak kira lah dapat duit lebih ke tak. Aku penatttt. Yela oii....abang tu masuk kerja pukul 10 memang lah boleh balik lambat. Aku pukul 8 dah tu Sabtu kirijeee lagi...Dia tak! bolehlah ot. Aku penat. Nanti aku terlepas maghrib kalau lambat.

So perjalanan balik yang sama. Dalam 7.30 malam aku sampai rumah ataupun lebih lewat. Mandi..sembahyang maghrib. Gosok baju untuk esok. Sembahyang Isyak. And pukul 8.40 malam aku dah baring atas katil untuk tidur. Ahh. ni sepatutnya waktu tidur aku tapi sebab semangat nak tulis tak pe lah aku korbankan sikittt..

Tapi kan...sejak aku sampai sini. Mimpi aku mesti extreme bila tidur. Berlari lah bagai explorace la. Tup tup bangun aku mesti rasa penat sambil marah mimpi cengggituuuu. ( tu pun nak bagitau )

ohh...takkk ceriiiita lagi pasal office semua. rumah eh..

ok la. owner rumah aku baik. selesa. Hah..kenapa tak cari rumah dekat dengan office??

ans: kalau korang nak rasa betapa susah cari rumah untuk orang Islam yang tak ada mixed gender sila lah cuba. Kalau dapat dengan semudah abc habaq kat cheqqq eh. Yang perempuan tau..untuk perempuan Islam

office camne? susah kerja?

ans : susah. aku tak faham simbol. list dia. lagi tambah susah sebab aku tak pernah sentuh pelan topo..as-built. Simbol pun nak kena faham sebab lain. Lagi tambah susah sebab kena handle klien...handle surveyor...buat pelan....semuaaaaaaaaa. semua sendiriiiiiii. dalam english ditemani foreigner. Office aku surveyor mostly dari India. Ramai officemate dari China. so main dorang cakap cina..aku melayuuu maaa. talaaaa pahaammmm....aku masih dalam proses sesuaikan diriiii. 

doakannnn aku guysss. semoga dipermudahkan untuk aku tangkap belajar benda baru dengan cepat and kuatkan semangat aku. Aku tak boleh merungut sebab ni pilihan aku. Oii bukan senang nak senang atikah. Ingaaat.!!!

Hah...Aku dengar company aku nak ambil orang baru lagiii. Siapa nak bergelar AutoCAD Engineer macam aku dan Darren atau nak merasa jerit perihhh hidup di sini boleh lahh roger2 nanti.

ok laaah..
time untuk dapatkan my beauty sleep.
cawwwww