Assalammualaikum
Life.....
Sometimes its hard but semuanya selesai dengan bagaimana kita atasinya.
Itu yang aku rasa.
Yes. Aku dalam situasi yang sukar. Aku rasa semuanya susah. Makan susah. Kerja amat susah. AMAT. Maybe sebab aku tak faham tambah dengan rasa takut lagi. Pergi kerja susah bilamana kau before this dah terbiasa dengan empat tayar kini terpaksa naik public yang ada tak terkira roda. ( kut ) Susah plus penat. Bahasa susah. Kawan tak ada. Susah nak interact bila mereka banyak faham cina than english. Sampaikan kau terpaksa tulis english and dorang translate cina untuk mengerti Hmmmm. Sesuaikan diri bukan perkara mudah bilamana aku terasa forever alone. FOREVER. Aku ni jenis suka sok sek sok sek and bila terpaksa buat hal sendiri. Susah.
Susah. Susah. Susah.
Itu je dalam otak aku. Tapi apa aku boleh buat? Nothing?
No...Aku kena hadap je. Aku kena usaha lebih sikit. Eh bukan sikit. Banyak. Aku kena usaha. Aku kena berani Tapi aku tak tahu lah kali ni teruk sangat negativity dalam sel-sel tubuh aku. Aku hampir give up. Tapi aku tak boleh menangis Sebab ni pilihan aku. Aku dah sampai sejauh ini and aku langsung tak boleh patah balik. Tak ada cara untuk aku patah balik. Hmmmm
Aku rasa aku kena tempuh ini semua macam aku tempuh stage2 kehidupan aku sampai lah umur aku sekarang.
For example :
Masa tadika aku nervous sebab cikgu suruh aku masuk pertandingan baca doa. Nervous. Tapi aku kena buat.
Masa sekolah. Macam mana takut pun kau kena buat. Macam mana sukar pun kau kena tenpuh. Presentation. Oral speaking Impromptu. Speech. Semua aku dah lalui. Oh. masa aku masuk pertandingan pantun and debat Ya Allah nebes tu sampai terketar2. Masa tu aku mesti cakap dalam diri aku kenapa aku masuk? Kan bagus kalau tu bukan aku. Sampai nak tarik diri last minit.
Masa universiti
Hmm. Setiap kali presentation tak pernah aku tak nervous. Tapi yang paling aku ingat. Bila entah macam mana aku menang jawatan Setiausaha Agung PEMETA. Buat kerja aku tak kisah tapi part last kau kena kena buat pembentangan AGM. mahu pengsan aku rasa sampai aku ni berucap selaju bullet train tanpa sempat bernafas oii. Masa tu why always me sentiasa dalam fikiran.
Masa start kerja. Sama lah masa intern ke sampai aku kerja kat JJJ. Nervous tu hanya tuhan yang tahu. Macam mana aku struggle kerja dekat JJJ pada mulanya. Dengan stress. Dengan nak sesuaikan diri. Aku pun tak ingat berapa lama aku ambil masa untuk sesuaikan diri. Macam mana aku hadapi dulu makan kat mamak sorang2 sebab aku tak ada kawan. Macam2 oii. Sampailah kegirangan aku bermula bila Teh dengan Mahathir ada.
Ni antara stage kehidupan aku yang aku sempat tulis. Tu belum lagi masuk exam. Tapi mostly aku ni bukan rajin belaju sangat so tak termasuk kut point takut tu. Aku sejenis redha dapat ke tak dapat result baik sama ada aku belajar ke tak subjek tu. Sebab tu aku ni tak payah dok loklah bawak nota kekecil selit belakang kertas jawapan masa final exam or masukkan nota dalam phone sambil adrenalin mengalir laju takut kantoi masa final. haha. Sebab aku jenis redha. Aku study ke tak. Aku tetap nak keluar awal time exam. Setahu aku last final exam yang semester ke 8 aku keluar awal untuk tiap paper. And aku tak lah study sangat sebab kan dah habis Viva macam tu. Tengok orang meniru? adalah secebis geram rasa nak angkat tangan kantoikan. Tapi biarlah kan. Aku bukan baik sebab aku ada tiru gak 2 3 keping masa test. huhu. #jangantiruaksiini
So sekarang aku kena redha jugak and cuba sehabis baik untuk sesuaikan diri. yuhuu. Aku kena ingat kalau dulu aku mampu and sekarang pun aku mampu. Aku kuat. Doakan aku. Aku stresss.
No comments:
Post a Comment