Thursday, 10 March 2016

Singapore

Assalammualaikum

Hari ni hampir 10 hari lah aku kerja. dan...... huhuhu je mampu aku katakan. Sejak duduk Singapore ni aku menjadi semakin pendiam. Haruslah pendiam bila boleh dikatakan orang kat sini semua kerja je oiiii. Tak ada istilah menyembang sok sek sok sek macam office lama aku dulu. sobs sobs. Jadi aku pun tak lerr banyak mencarut..cuma tadi tercarut sikit sebab minah sebelah aku dalam mrt menyembang otp sampai satu jam ibarat mrt niii diaaa yang punya plus mrt delay...
 Sampaikan aku rasa air liur aku pun minta dikeluarkan untuk proses. Jiran sebelah meja aku dari china. Baik baik. Comel comel tapi kureng pulak cakap english. Rasanya 2x5 dengan aku cuma aku ada plus sikit lah kut. Awkward ke tak awkward oiii bila kau masuk kerja tak ada sesi pengenalan diri oiii. Masuk masuk terus buat kerja. Me kennnott brain ok.. Kezutannn dengan aku blur nya oi..

Life aku agak tersusun kut atau lebih dikatakan agak membosankan. Sini semua laju. Jalan laju. Cakap laju. Buat kerja kena laju. Sampai jalan dekat shopping complex pun laju hoiii.

Tiap hari rutin aku sama. Sama pun aku still tak boleh nak adapt hoii dengan mrt yang jauh perjalanan tak luas pemandangan tu oiii. Penat oi kaki aku nak kena berdiri dekat satu jam. Dulu time kawad pun aku selalu buat nak pitam kalau kena berdiri lama2.  Ni pulak kena hadap tiap hari. #nangis 

Tiap hari aku akan bangun 5.30 pagi. Mandi. Make up ( huhu ) Sembahyang. Lepas sembahyang pakai tudung terus keluar. Adalah dalam 6.15 pagi. Jalan kedek2 lenggang kangkung sampai lah mrt dalam 6.30 pagi. Sebab aku tak suka kelajuan aku akan jalan fefeling hirup udara segar. Tak kuasa sis nak lari2 jalan rush2 ni oii. patah kaki nanti. Lagipun aku malaysian kan. So tunjuk lah aku malaysian. puihhhh. Ok sampai dekat mrt Aljunied ( dekat office ) dalam pukul 7.20 camtu. And terus sarapan. merangkap makan seluruh hari. ( bukan diet tapi jimat ). Oh lupa aku stay dekat Jurong West. Mrt terdekat Boon Lay. So Boon Lay nak ke Aljunied ni dalam 50 minit tu pun kalau tak ramai orang. 

Perjalanan tak terhenti disitu saja. Lepas makan. Makan laju2 ibarat tak makan berapa hari ( kira tak makan satu hari kut ) , makan laju sebab nak kejar masa....kena jalan kaki nak ke office dalam 15 minit. Tu pun dah habis laju aku jalan sebab nak kena naik jejantas. Naik jejantas pun dah buat satu badan aku lemah longlai. Dulu masa dekat rumah keluar shopping dengan mak pun boleh gaduh kalau aku tak nak ikut jejantas..tapi ni harus sebab mana boleh lintas sebab ada pagorr tinggi. #cissss

And aku ambik nafas duduk kat taman 5 minit and touch up pepeluh and masuk office. Sambil tu lambai uncle yang selalu wish morning kat aku. Tengook..Aku dah ada kawan....#angkatkeningbangga. So dalam 7.50 pagi aku akan sampai office. Kat sini semua ada waktu lain2. Tak ada punch card. Tak ada tulis nama. Masuk je. Yang aku pelik orang datang awal ( maknanya balik awal ) dia akan tidur. Aku je berdesup on computer and start kerja. Cam tu jugak rehat. Rehat 12-1....tapi lepas 1 dorang akan tidur setengah jam. Hmmmmm. Aku tak faham. Yang aku tahu time rehat aku tengok running man sambil cover2 gelak..kalau dekat U dulu selalu kena marah dengan roommate kalau gelak kuat2. huhuhuhu.

Buat2 kerja and terus buat. Bangun pergi sembahyang. Sini bagus. Sediakan tempat sembahyang walaupun ada 3 orang Islam je..huhu 2 lelaki dan aku sorang perempuan. Tepat pukul 6 aku balik tanpa mempedulikan arahan suruh aku OT. oiii. Kalau aku ot nanti dah gelap aku nak jalan balik mrt. Iossss takut oiiiii. Sesedap suruh aku ot. Dulu pun aku ot masa weekend je tau. Ahhhh. tak kira lah dapat duit lebih ke tak. Aku penatttt. Yela oii....abang tu masuk kerja pukul 10 memang lah boleh balik lambat. Aku pukul 8 dah tu Sabtu kirijeee lagi...Dia tak! bolehlah ot. Aku penat. Nanti aku terlepas maghrib kalau lambat.

So perjalanan balik yang sama. Dalam 7.30 malam aku sampai rumah ataupun lebih lewat. Mandi..sembahyang maghrib. Gosok baju untuk esok. Sembahyang Isyak. And pukul 8.40 malam aku dah baring atas katil untuk tidur. Ahh. ni sepatutnya waktu tidur aku tapi sebab semangat nak tulis tak pe lah aku korbankan sikittt..

Tapi kan...sejak aku sampai sini. Mimpi aku mesti extreme bila tidur. Berlari lah bagai explorace la. Tup tup bangun aku mesti rasa penat sambil marah mimpi cengggituuuu. ( tu pun nak bagitau )

ohh...takkk ceriiiita lagi pasal office semua. rumah eh..

ok la. owner rumah aku baik. selesa. Hah..kenapa tak cari rumah dekat dengan office??

ans: kalau korang nak rasa betapa susah cari rumah untuk orang Islam yang tak ada mixed gender sila lah cuba. Kalau dapat dengan semudah abc habaq kat cheqqq eh. Yang perempuan tau..untuk perempuan Islam

office camne? susah kerja?

ans : susah. aku tak faham simbol. list dia. lagi tambah susah sebab aku tak pernah sentuh pelan topo..as-built. Simbol pun nak kena faham sebab lain. Lagi tambah susah sebab kena handle klien...handle surveyor...buat pelan....semuaaaaaaaaa. semua sendiriiiiiii. dalam english ditemani foreigner. Office aku surveyor mostly dari India. Ramai officemate dari China. so main dorang cakap cina..aku melayuuu maaa. talaaaa pahaammmm....aku masih dalam proses sesuaikan diriiii. 

doakannnn aku guysss. semoga dipermudahkan untuk aku tangkap belajar benda baru dengan cepat and kuatkan semangat aku. Aku tak boleh merungut sebab ni pilihan aku. Oii bukan senang nak senang atikah. Ingaaat.!!!

Hah...Aku dengar company aku nak ambil orang baru lagiii. Siapa nak bergelar AutoCAD Engineer macam aku dan Darren atau nak merasa jerit perihhh hidup di sini boleh lahh roger2 nanti.

ok laaah..
time untuk dapatkan my beauty sleep.
cawwwww

No comments:

Post a Comment