Tuesday 27 January 2015

Alhamdulillah

ASSALAMMUALAIKUM

hmmm. hai. kite saje intai-intai wak blog kite jap. almaklumlah sedang bercuti, memang gaya bercuti lah nampaknya kan. malas berhabisan kejenye je oii.
ahh. lupa nak habaq. Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan semester ketujuh di UTM ini.  Alhamdulillah. Ini bermakna tinggal lagi satu semester lagi. Insha Allah, dengan izin Allah s.w.t, semoga dapat bergraduasi tepat pada masanya.

Alhamdulillah juga dengan result semester ini. Ya Allah, sungguh tak terduga langsung dapat result sebegitu. Almaklumlah, semester lepas penuh onak duri dimana masa ibarat amat mencemburui aku sangat. hmmm. mungkin aku yang tak pandai urus masa. my bad! Tambahan lagi time nak exam tu lah aku demam teruk kan. Time tu semua dah redha, semua exam aku goreng oii. Nasi goreng pattaya ada, nasi goreng USA ada, semua goreng adalah dalam jawapan aku sampai diri sendiri nak baca balik apa yang ditulis tu rasa tak sampai hati, segan benau aku dengan jawapan aku. haha.
Tapi Alhamdulillah, mungkin kali ni goreng aku cukup rasa, #eh - bukan cukup rasa tapi lecturer yang bagi markah kesian mungkin. haha.

Paling happy haruslah kadaster. *tepuk tangan
Terima kasih Dr Harun Saiyangggg Dr lelebihhh...amboiii. giteww sekali kau!
FYI, kadaster antara subjek yang mencabar yang penuh halangan penuh onak duri yang harus ditempuh sepanjang semester lalu *hiperbola perlu ada
Tapi sebenarnya aku rasa markah kesian je tu, tak pun markah sebab dia kenal aku. haha. #atikahsuhaimekatakan
hah. lagipun aku jawab salah ok yang 12 markah tu, haha. kemain confident kata kaww. ah. ni salah skema jawapan. salah skema! haha
apa pun aku bersyukur. Terima kasih semua!

hah. yang paling bersyukur.
Alhamdulillah. Software untuk #PSM aku dah sampai. FINALLY!
So, bermula kerja baru yang bakal aku lakukan. Teruskan dengan PSM. Semoga semuanya dipermudahkan. Semoga kita semua dipermudahkan dengan apa yang kita lakukan. Amin.
Risau kut kalau tak dapat, boleh mati kejung aku jawabnya, kalau tak dapat kena tukar tajuk. Tak ke gigil kau, kalau kau kena present VIVA balik? errr. tatutttttt ok!
I'm a happy kid !
*lelompat

hahh. post ni bukan nak berlagak ke bangga diri ke. hahh. ok! Aku tak ada kate pun aku dapat 4 rata ke hape. nak dapat 4flat? Aku boleh je nak dapat tapi dapat dalam mimpi je lah gamaknya oi. huhuhu

#eh. sedar tak sedar lagi berapa hari aku nak masuk 23 tahun.
arghhh.
23 tahun
tapi
masih malas
masih bangun lambat
masih selekeh
masih tak kurus ( * tak nak cakap gemuk - flip hair )
masih degil
masih tak matang
and
masih keseorangan #eh
kbai!!!


Thursday 1 January 2015

goodbye 2014

ASSALAMMUALAIKUM




Its new year baby
Happy New Year everybodyyy
well tahun baru semua dok sibuk canang sana sini azam baru depa
aku? hmmm. selain azam sepanjang hayat nak kurus tu rasanya aku tak pernah ada azam baru.
hmmm.
orang yang suka follow the flow macam aku memang toksah ada azam, konpem tak tercapai dik oii.

but
2014 is the best.
turun naik suka duka hidup banyak mengajar aku even tak bagus mana pencapaian hidup aku
but still
I am a happy kid, happy daughter, happy roommate and happy friends

and
2014 tahun yang buat impian aku mostly jadi nyata iaitu :


  • aku dapat usahakan cari duit travel, dapat permission mak ayah. and paling happy dapat realisasikan impian zezaman kekanak aku which is nak pakai braces. Lantak apa orang nak cakap, tak bersyukur gigi dah lawa nak pakai ke - . - yang penting aku ada family yang support apa je aku nak buat and aku tahu lah diri aku, takkan lah aku sesaje nak sakitkan diri, seksa diri kalau gigi dah ok kan. Dun worry baby, kalau sakit aku yang tanggung, kalau habiskan duit aku juga yang tanggung. So, toksah serabutkan otak hangpa nak pikiaq berapa harga lah, kenapa aku pakai lah, tak beryukur lah, nak jadi hot lah. Hangpa boleh tolong aku tutup mulut sudah ok! shhhhh

*peace

bersyukur
2014 juga banyak pengalaman aku lalui :


  • Berjaya jalani latihan industri sensorang diri, jumpa orang baik even kebaikan tak last longer. but aku bersyukur and hargai. Dapat kerja time cuti at least dapat bagi mak ayah sikit. Dapat duit belanja nak raya. Kena tipu tu aku halalkan. Bagi aku, tu bukan rezeki aku. Kalau dah takdir tu bukan rezeki aku, maka aku halalkan. Itu urusan kau dengan Allah s.w.t.
  • Allah s.w.t maha adil. Urusan aku nak mencari supervisor untuk PSM dipermudahkan, maka aku kena reda kalau aku dapat panel hardcore sikit. Adil bukan? Masa nak cari sv, aku tak cari and tajuk pun tak ada Allah dah bukakan jalan. Terima Kasih En Shahlan sebab offer walaupun aku macam tak layak dengan tak ambil subjek ocean dengan tak pernah excellent bab hidrografi. So, memang aku layak dapat panel yang buat aku ketaq lutut. so, be prepare je. Kalau dah buat yang terbaik tapi kalau dah bukan rezeki, siapa aku nak persoalkan? mesti ada kurangnya aku kat situ. #watlekwatpeaceok
  • Tahun ni juga buat aku kenal orang sekeliling. even kadang-kadang rasa sakit. And sometimes tertanya-tanya jugak why they hate me? and sampaikan aku boleh nak hasilkan buku - How to be HATED without reasons. Konpem boxopis cite iteww wak. Yup. dalam dunia ni, mana mampu kita nak puaskan hati semua orang. Lagi-lagi si rebel macam aku ni. Yela, faham, aku tak baik mana, dari segi penampilan, pakaian semua dah boleh buat orang judge. Yela, kalau penampilan kau dah tak nampak baik, mestilah kalau kau tak buat pun orang boleh tuduh kau. kan? kan? So, terima ajelahh tikah oii. Dun worry ok. Aku tak ambil pot pun, positivekan diri, bencilah setakat mana yang anda mampu, fake lah wahai teman. saya redha. cewaaaahhh
  • Berjaya lalui VIVA psm1 even tak bagus sangat but still aku bangga sebab dapat buat presentation dimana membanggakan bagi aku sebab aku yang paling loklak kalau bab nak bercakap depan orang. kalau tak nebes mesti cakap umpama bullet train. bangga what? susah kut nak present almost 25 minutes dengan berbraces ok ! teknik nak halang penyemburan air liur berlaku kene mahir. Dapat jawab ke tak kena bash ke tak itu belakang kira. cite belakang-belakang ok.
  • Sekarang tengah final untuk second last semester. And dah boleh agak result. dah boleh membayangkan bilamana semester ni, tahap rebel yang tak patut ditiru tu melampau-lampau. Test ke laut, kalau tak ada teknologi agaknya sampai ke planet marikh markah test tu. haih. apa nak jadi jang oii?

but most important, tahun ni ajar aku a lot of things
salah satunya
dalam hidup ni simple je.
kalau tak dapat apa yang kita suka, suka lah apa yang kita dapat.

sebab tu mudah je, bersyukur dengan hidup kita.
tak payah membenci, tak payah block orang sana sini.
tak payah jadi fake jeles orang sana sini.
that's the way, barulah hati tu tenang ye kawan. im trying be nice.
sebab
biar orang buat kita, jangan kita buat orang.

how time flies
tup tap tup tap dah new year bersamaan tinggal satu semester lagi nak menamatkan zaman degree.
semoga kita semua berjaya mendapatkan segulung ijazah *amin
yeah!
semoga juga kita mampu menghadapi segala dugaan untuk siapkan FYP kita.
#goodluck #4sghu #lebiu