Friday 25 December 2015

end

ASSALAMMUALAIKUM

haiiii, rajin kan i tetiba nak update je bukan? almaklumlah berada di home sweet home.
kalau dah kembali ke dunia realiti di JB memang tidak lah gamaknya rajin begini bukan?
mana tak nya, sampai rumah pukul 6 lebih, balik rumah masak....masak apa? toksah lah tanya, kalau tahu nanti mengalir pula ayaq mata anda semua. huhuhu
lepas masak makan, mengenang masa hadapan sekejap, bergosip-gosip kejap and then zZZZZZZ.

Post sebelumnya nampak pelik je bukan. Tak ada angin tak ada ribut tetiba serabut. Aisshhh, kalau tak serabut bukan atikah lah jawabnya.
I rasa I dah sampai satu tahap dah tak tahu nak buat apa.
Nak kata sedih tak, nak kata langsung tak ada tetiba macam teringat.

So I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye wherever we're standing
I won't take you for granted 'cause we'll never know when
When we'll run out of time so I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna love you like I'm gonna lose you

hmmm, betullah.
kita tak tahu masa depan bukan?
hari ni sayang, esok tinggal, esok lupa, esok hilang
jadi, better sayangi diri sendiri dahulu ok
betul juga
lain kali kalau baring tengah jalan pun kau jangan layan. haha
i think this is the right time for us
bcos before this, dua-dua tak move on, konon lebih but kali ni i rasa lain...baru merasakan betullah tak ada langsung kesefahaman, tak ada soul dah aku.
cuma bengang sikit geram sikit
walaupun teh dengan mahathir punya berdekah dengar berita ni. haha

arghhhhhh
dah 2016
stop talk about love. stresss
baik aku fikirkan azam baru untuk 2016 nanti.
jadikan diri lagi better lagi better lagi better
kurangkan sikap panas baran, cepat merajuk, mencarut lagi. 

fightingggggggggggggggggggg

Wednesday 23 December 2015

Keliru

Assalammualaikum.

Depresss. Mungkin perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan perasaan...kehidupan aku sekarang...nampak tak ayat tanda dah semakin matang gituuuu? nampak tak?
Aku pun tak tahu lately ni aku semakin sensitif...super sensitif.
Ye...tahu...kehidupan bukan sentiasa berwarna warni..indah nian..bukan juga selalu di atas.
but kengkadang selalu tertanya juga..why always me?

orang-orang tak tahu apa yang aku lalui.
tengok aku happy..gelak-gelak..tapi dalam hati siapa yang tahu? tak ada kan?
korang tahu apa aku lalui 5 bulan ni? apa aku makan? apa aku buat? camne aku hidup?
tak..tak ada orang tahu. tak ada.

apa aku rasa sampai aku dah tak tahu.
ye. betul. jodoh pertemuan ajal maut di tangan Allah s.w.t.
Siapa aku nak persoalkan. Kalau dah bukan jodoh aku nak buat camne kan?
Sebenarnya puas aku create kan moment supaya aku nampak bersedih. depress putus cinta. Kecewa percintaan putus di tengah jalan. cewaaaah.
malangnya......
tak bersedih langsung. ke aku dah tak ada perasaan? ke aku memang berharap hubungan tu tak ada. amboooii.. jahat kau tika ye!
hmmm. mungkin ada jodoh aku tu. belum muncul lagi je tu.

otak aku ni berserabut. Fikir dua tiga empat lima enam kali betul ke keputusan aku. Betul ke aku resign? Betul ke aku nak cari kerja lain? Betul ke aku nak berhijrah? Betul ke? Betul ke?
Mampu ke aku?
Mampu ke aku nak bawa diri jejauh. Doakan aku ye semua. Semoga semuanya dipermudahkan. Kalau ada rezeki aku disana disana lah jawabnya. Kalau tak ada rezeki dah ditentukan.
Sabar je lah.
Orang tak faham apa yang aku lalui. Orang tak faham apa aku rasa. Jadi aku lah yang kena fikir lima belas juta enam ratus kali betul ke keputusan yang aku buat.

Entahlah. Aku tak tahu kenapa aku menulis ni? Mungkin sebab terlalu sedih. Tak ada orang appreciate langsung.

hmm.

Tak pelah semoga misi membawa diri aku berjaya dan dipermudahkan. Betulkan niat dulu baru dapat keberkatan kan? Niat apa biar saya sahaja yang tahu ok. Adiosss.

Thursday 15 October 2015

B.U.S.Y

Assalammualaikum.

hai..hai..hai...rindu hakak? lama bukan hakak tak singgah ke sini. hmmm
almaklumlah. Internet idok lee free lagi. Yang ada pun hidup segan mati tak mahu.
Office toksah cerita, internet pun tak ada. Yg hakak hadap dekat office hanya jupem2u sambil mengamuk bila ndcdb tak masuk. hmmm

bila kerja letih. nak study otak dah beku.
penat hoi. kalau sabtu ahad pun kerja.
tapi bersyukurlah bos baik walaupun berbagai dugaan datang yg telah membuatkan hakak give up dik.
#takmalunenangisnakbalikrumah

tiap-tiap hari cari batu. tiap-tiap hari mengira sambil diselitkan momen-momen untuk berangan. Nasib meja hakak jauh dari cctv. heehee
kerja Alhamdulillah boleh lah. Konfius perkara biasa. Tak faham lagi tak terkira.
So far..environment kerja ok walaupun hakak selalu kena nganjing dengan pakcik2 abg2 office sebab dress up terlalu mengikut aliran fesyen yang tidak kena dengan kehidupan zaman batu mereka.
*ewah-ewah...baju aku suka hati aku lerrr.
ye-ye hakak ngaku baju aku selalu nau over! Nak buat camne dah memang aku tak ada baju bebiasa. Baju kurung pun berapa helai je den hadooo.

and. Finally. Hakak dah confirm! yeahhh
padahal azam hakak nak cari kerja baru biaq dekat dengan rumah lah.
Susah oh. lagi2 bila dok kondo keluar masuk sesuka hati tak boleh. Gaji nak fikir bil..barang dapur..tu lah ini lah. hmmm. Serabut.

ok lah. hakak sebenaunya nak tidur tapi tak boleh sebab otak dah berfikir di luar kawalan. Penat!

k. adios!

Saturday 27 June 2015

The End Part 3

ASSALAMMUALAIKUM

oittt..over tau u ni atikah...the end sampai part 3 gituuu..
oh..kali ni..kita buat major throwback sikit..boleh?
and yeah..
esok bersamaan 28 June 2015 merupakan hari terakhir berada di UTM. *lap air mata

03/09/2011 - 28/06/2015

cis..sebak..tahan air mata..tahan..
aku masih boleh ingat tarikh 3 September 2011 di mana first time aku jumpa cik roommate..i was like..what??
my roommate sosial kut? gaya cam sosial..matilahnakk camni..
sebab before masuk UTM semua orang dok canang JB punya sosial lain macemmm sikit..so beware!
but..
nothing ok! nothing..so..look am I..
tetap baik..sopan..ayu..berbudi bahasa seperti dahulu..puihhh..
*angkatbakulkejap
hahahaha..
konklusinya..mana pun kita berada sebenarnya yang penting diri kite sendiri..pijak di bumi yang nyata okay!
actually, bila kenal roommate I, si Qidd merupakan si skema tahap 4..
bab2 ponteng ni dia penakut..so terpaksa lah aku turunkan ilmu sikit..
yela..supaya dia ada zaman kekanak sikit uolsss..bukan apa,,heeee
sorry yunk..I memang rebel dari dulu..

and then,
I still can remember masa first semester I like hell..u know..
ktorang berdua tak ada kawan...
yela..kami berdua mempunyai muka yang sombong lagi bongkak..
sadis kut..nak cari group punya lah susah..umpama kena minta sedekah gamaknya
but
Alhamdulillah..akhirnya kami semua ok dah..ok kan?

after that,
masa tahun dua..hmmm..actually malas nak cerita pasal privacy kat sini..
tapi..well..open ok..huhu
masa tahun dua..semua orang tahu..yeah..aku pun couple..
tapi nak buat macam mana..
tak ada jodoh..
walaupun..hanya 6 bulan je kut..kut lah..sorry..tak ingat!
tapi..sampai sekarang orang masa mengata..ceh..suka sangat kenakan aku pasal kisah cinta tak kesampaian aku tu..#sedihhatikite
well..
to Badrul..i wish all the best ok! moga-moga berjaya dalam semuanya..jumpa jodoh yang baik...and kosong-kosong antara kita ok! 
*walaupuntahudiatakkanbaca
mohon jangan ada dendam antara kite..walaupun dalam kepala otak aku sebenarnya dah banyak kali aku bom, tembak, tikam dia. huhu *atikahmemangjahat
but..
hah..kalau baca jangan shit kan lagi kiteeeee tau.. orang wish gud luck pun dia shitter kan....
huhu..ada ke patut? #sedihitewwww
ohh..nak tahu sebab apa putus? hmmm..toksah lah..biarlah rahsia ok!

and
then..my 3rd and 4th year macam biase..
ah..lalui latihan industri 3 bulan..
thanks Mahathir yang menjadi partner in crime selama 3 bulan 
walaupun kite bukan company sama but at least ada lah orang peneman makan..tak lah forever alone sangat aku time tu..
LI antara kenangan yang manis jugak sebab bermula kat sini lah banyak yang aku belajar..
bagi aku mula kenal e-kadaster..dan permulaan jugak untuk aku dapat kerja sekarang..
terima kasih sebab percaya untuk aku belajar sendiri dulu and bos..soooo sorry sebab terpaksa betray..mungkin tempat aku bukan di sana..
mohon jangan marahhhhh!
after LI best sikit bila mana En Shahlan bagi peluang ikut kelas CAT B..
heeee.*senyum gatal
aku rasa 4 hari yang bermakna and masa tu jugak lah aku rasa pergi kelas adalah sesuatu yang awesome gituu..classmate walaupun semua berkerjaya tapi semua baik-baik dan lawak orangnya plus hensemm..huhu

tahun empat as expected..busy..
time ni lah aku mula tak keruan..and yes..for the first time tahun empat aku mula meniru time test..
*test je ok..bukan final!
arghhh..serba salah rasanya..
kadang-kadang aku pun tak faham..aku tengok kawan-kawan lain..final year semua dok enjoy sana sini..final project je pun yang kena buat..
course aku bukan setak FYP,,assignment berlambak..field work kena buat..
so..mana den nak cekau masa jang oiiii??

and for VIVA..aku pu tak tahu mana tang lucky je aku..bila panel aku Dr. T..huhu
kecut perut kut..why always me? nak kata aku takut sebab garang actually tu bukan main reason..
reason sebenarnya..bila aku tulis blog kata tak nak kawan Dr. dulu and ada orang gatal tangan bagi Dr bace..cisss!
but..Alhamdulillah..semua berjalan lancar..panel supportive..and aku masih hidup lagi!huhu
dulu acah-acah keyboard warrior bila tahu panel kata nak bunuh diri, nak gantung diri..aishhh..siape letewww..

yeah..now
dengan apa yang aku lalui semua di sini..
aku harap aku mampu gunakan segala ilmu yang aku perolehi ke jalan yang benarr.
aku harap aku tak lupa kan semua di sini.
rakan-rakan, pensyarah-pensyarah dan segala-galanya.
harap apa yang kita bina di sini selama empat tahun berkekalan dalam hati kita semua

ALL THE BEST GUYSSSSSSSSS!!

03/09/2011 - 28/06/2015

The End Part 2

ASSALAMMUALAIKUM

Berjumpa lagi kita gamaknya bukan? hah..rajin kan hakak menghapdate..of coz la uolsss nanti entah ada peluang nak menulis ke tak lagi lepas ni.. sobs sobs
actually...hakak sebenarnya teramat sedih dalam hati ni..sebab tu jugak lah hakak dari tadi dok ulang dok ulang lagu raya Pulanglah - Aishah ni..huhu
nak tinggal universiti sedih...and then bila fikir sebenarnya hakak ada 20+ days je lagi nak spend dengan family..lagi bertambah sedih..bila mana after this hakak terpaksa mulakan hidup baru, bekerja..arghhhhh...sumpah..hakak takut yang amat dikkk..
dalam kepala asyik loklak dok pikiaq...mampu ke hakak survive? I'm not ready for this. reallyy..
I think I'm still young..wild and free..
Muda kut lagi? and then terpaksa nak pisah dengan family..tak pernah langsung terfikir dalam otak ni yang after habis study..aku akan kerja luar dari Seremban...huhu..and fyi..aku sebenarnya dok bercita2 nak apply eksekutif kat mana2 kilang dengan menggunakan orang dalam..heee..punyalah nak lari bidang...tapi..rezeki Allah s.w.t dah bagi kat sini...hmmmmm...try je la kan? sobs sobs

masa seakan mencemburui kan guys? pejam celik pejam celik dah 10 Ramadhan..and I'm still here..at UTM terchenta..tup tap tup tap..lepas ni dah raya..*geleng kepala
arghhh...just follow the flow lah kan...jangan terlalu banyak berfikir...nanti diri yang merana atikah oiii...

hah..hakak kan dah habaq semalam nak payung gambar last gathering kelas? so moh ler itewww..



















Friday 26 June 2015

THE END

ASSALAMMUALAIKUM




THE E.N.D
Alhamdulillah, dengan rasminya kini hakak telah berjaya menamatkan 4 tahun pengajian di Universiti Teknologi Malaysia.
super excited + super sedih + super takut..
through thick and thin, good and bad..and I'm survive
and yes..
terima kasih semuanya..atas segala memori..
and

TO :

*CLASSMATES
I'm really happy with you all..and sorry for everything.
yes. I admit..that I'm not a really good friend. Right?
Seorang yang kurang reti bergaul. Mana tak nya? Pergi kelas berdua (dengan roommate), balik kelas terus balik bilik, leave group whatsapp kelas (*terpaksa leave dulu sebab handphone rosak..sobs sobs), tak bercakap, hmm..banyak lagi kan sebenarnya?
Kami mungkin nampak sombong tapi jauh di sudut hati, I'm happy with you all. Semua gila-gila buat rasa diri terasa muda remaja gituuuu.
Saya sayang anda semua.
Maaf atas kekurangan saya. Kosong-kosong, okay? 
Mana yang termarah, tertak puas hati, terkutuk, terkecilkan hati, tersombongkan diri, tak terbalas message, tak reply whatsapp, dan berbagai tak lagi...saya Nurul Atikah bt Abdullah, dengan rasa rendah diri mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki..sobs sobs (*terfeeling raya). Saya insan biasa mungkin kekadang alpa dengan diri dan saya juga maafkan anda semua.
hmm..4 tahun bersama. Suka duka bersama. Sedihhh kut..

I wish all the best untuk semua.
Semoga semua berjaya dalam bidang pilihan memasingg. Semoga dipercepatkan jodoh dan diberikan jodoh yang baik (*mohon jemput eh nanti!). Semoga dimurahkan rezeki. Semoga semua dapat berbakti kepada ibu bapa anda. Kepada yang sambung study- buat yang terbaik, and keep calm okay?
hahhhh, yang sambung study tu...mohon calling2 eh...itewww kat JB Larkin pun jeee nanti..roger2 lahhh itewww jangan lah bagi itewww forever alone..sobs sobs...

*MY SUPERVISOR
To Mr Ahmad Shahlan b Mardi...
walaupun lah tahu En Shahlan takkan baca tapiii tetap nak tulis..dapat lah cerita serba sikit kehidupan aku kat universiti kat anak cucu nanti...heeee.
Terima tak terhingga En Shahlan..terima kasih jadi ayah kedua kepada kami semua di sini. terima kasih jadi supervisor terbaik abad ini.
Hanya Allah s.w.t yang mampu balas segalanya. Saya doakan encik sekeluarga dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan dan dirahmati Allah s.w.t.
Encik Shahlan yang banyak membantu, bagi semangat, kata-kata nasihat, dan percaya kepada kami semua sehingga selesainya thesis kami. Tu belum kira bagi duit untuk balik rumah lagi..arghh touching....heeee..selalu belanja makan..sorry bawak makan buffet tapi kami tak makan banyak..huhuhu.. buat rugi je kan?

*MY ROOMMATE
huhu..4 tahun kita bersama..luar dalam...baik buruk perangai semua kita tahu bersama...tiada lagi rahsia..susah senang bersama..
Terima kasih segalanya wahai Nurul Aqidah bt Zaini.
terima kasih tahan perangai itewww..panas baran iteww, kuat merajukk itewww...
orang tahun segalanya.
orang yang bagi semangat tatkala aku jatuh...tatkala putus asa..tatkala putus cinta..tatkala hidup penuh dengan masalah. Terima kasih sayangggg..
I love youuu soooo much..
Maaf segalanya okay? Maaf kalau terkasar bahasa (walaupun tu bahasa ibunda kite berdua), maaf jika termerajuk lama, tertoucing tetibe, maaf tidur ketap gigi, maaf kalau termarah sana sini..
Kalau tak ada roommate, I'm nobody. Orang pertama yang bagi semangat supaya aku terima kerja..Doakan aku survive bekerja nanti ye?
Aku doakan kau berjaya dapat kerja. Jangan putus asa. Ingat...rezeki Allah s.w.t tu luas..Ingat..be good! Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Pandaikan diri tu bercakap sikit! Jangan bersophistikated sangat (tak reti eja). Jangan stress pasal kahwin nanti, ingat, kalau kita ikhlas, Allah akan permudahkan. Teruskan jadi anak dan kakak yang baik okay? Walaupun bukan sekarang kesenangan yang kita dapat. Insha Allah ada satu hari nanti.
Nanti bila kita dah kerja ada duit,,,kita date dekat dip and dip okay? pastu kita beli Nike Air okay?
huhu..arghhh..cisss..sebak pulak.

*MY GOOD FRIENDS
Teh Sarendah, Nabilah, Wan Sabariah, Kak Azi,Zaeri, Shahril...
Terima kasih atas segalanya. 
Terima kasih atasa segala memori.
and
minta maaf okay atas segalanya. Moga kita semua dapat terus berkawan.
I lovee youu soo much.
Semoga semuanya berjaya okay?
Kahwin nanti jangan lupa ajak! Nanti aku bagi hadiah lesung batu. Biar nampak berat sikit hadiah tu. huhu

dan......

kepada semua yang terlibat dalam sisa kehidupan aku di universiti selama empat tahun..pensyarah sekalian.

Terima kasih atas segalanya!!

huhu

sooo doneee

anak buah En Shahlan

makan

leher patah ke kak? -.-

dan makannn lagiiii

we did itttt!!



girlsssss

love youu all









maaf. gambar tak besusun. malas. nanti hakak hapdate gambar lain ok. last gathering sume.
movie time nowww.. byee

Thursday 18 June 2015

#VIVA2

ASSALAMMUALAIKUM

haii. haii. haii..
hakak nampak happy bukan? haruslah happy bila mana hakak sebenarnya dah lama habis VIVA2 (08/06/2015).
VIVA tu apa? ohh. viva tu adalah sejenis presentation yang anda perlu lakukan berkaitan final project anda.

hmmm. sound macam nervous gitu sebab panel kan acah-acah garang. tapi serious talk panel hakak memang garang. tatutttt itewwwww.

tapi Alhamdulillah semua nya dah selesai, Panel pun supportive time tu, hmmm soal memang lah kena soal tapi seronok sikit bila kau buat presentation ala2 santai gitu. Bila tengah present belakang kau ada orang bancuh coffee, cari sudu, basuh tangan dan sebagainya,

Tapi apa kisah bukan? asalkan semua dah selesai. Semua pun dah buat yang terbaik. Tahniah geng! Tahniah classmate. We did it!!
Bermakna bila dah habis viva macam kira satu tapak lagi untuk graduate. Im so happpy tapi dalam happy takut pun ada. Rasa macam cepat sangat masa berlalu tapi tang bila kena menunggu, time nak buat kerja rasa macam masa tak berjalan. huhu
Rasa macam cepat sangat membesar. Rasa sedih nak tinggalkan dunia universiti sebab masa boleh ingat setiap bait lagi masa baru jejakkan kaki kat UTM, jumpa classmate, masa orientasi. Ni pejam celik pejam celik bakal habiskan degree. #touching 

Walaupun belum sedia tapi nak tak nak kena tempuh juga dunia pekerjaan juga lepas ni. Sebab hakak kan tak nak sambung belajar. Offer yang dapat tu kita buat pekasam buat kenangan sudah ok! huhu
After this, bakal tempuh dunia baru. Mulakan hidup baru. Lupakan kisah lama. Lupakan kisah percintaan tok kaduk yang terpaksa aku lalui hampir 3 tahun. #sadis

Hmm. nak cerita banyak tapi malas menaip. Nanti lah hakak update, Bagi lah peluang hakak nak tengok cerita korea jap ek. Almaklumlah paper last seminggu lagi gap nya. Apalagi, Berjimba lah uolssss. Esok2 kemas barang pindah rumah baru. huhu. *takut

oh. lupa. Salam Ramdhan semua. Selamat Berpuasa!! ^wink-wink

Wednesday 27 May 2015

Syukur

ASSALAMMUALAIKUM

Hai semua.
Hmmm. nampak free, relax bukan? Sebenarnya tu hanya rekaan aku semata-mata yang mula hilang fokus dan malas segala benda.
Serabut dengan permasalahan dunia. aha!

Seminggu lagi bakal VIVA! Teknikal paper pun belum hantar. aishhh. Slide belum buat. Permahaman belum complete.
tapi...
aku masih ada masa tengok movie, tengok wayang dan tulis blog.
hmm. tu belum campur dengan assignment yang meronta-ronta minta disiapkan!
help me pleaseeee!
aku buntu..euwww

haha. bila masa dulu, takut viva, takut panel. sekarang lost entah ke mana.
Alhamdulillah.
semalam bersamaan 26 Mei 2015, aku telah berjaya interview kerja, Jadi orang Johor lah gamaknya itewww nanti..heeee
Tak ada berjaya sangat pun lah.. ahaiii.. Rezeki Allah s.w.t tu luas, makin aku nak jauh dalam bidang ni, makin dekat nampaknya aku..
Mungkin ramai kata kenapa tak nak sambung study..ambik master..ambik phd..
hmmm..belajar tu aku minat tapi mungkin bukan sekarang.
sebagaiii hakak yang baik,,aku dahulukan adik2 belajar dulu..#alasanpadahalmalas
haha..takkan lah ayah mak nak support aku memanjang kan..bagilah aku peluang cari duit jugak!
lagipun bila kerja, sama je kaedahnya, tetap perlu belajar.
Tak gituuuu?

Berbekalkan support dari emak, ayah, roommate, kawan aku gagahkan diri juga. Walaupun ayah mula-mula malas nak bagi aku kerja jejauh tapi lama2 cam redha je..huhu
Thanks yang mendoakan.
Lagipun zaman sekarang, bukan senang nak cari kerja, semua perlukan pengalaman, yupp..walaupun tempat praktikal aku dah ajet2 yang aku bakal masuk after grad ni..tapii..environment dia buat aku tak berminat pulak..yela..baik memang baik..cuma bab gajiii tu kureeeengg la..bab gaji tu tak kisah sangat tapi bab kau kena kerja sensorang..forever alone tu aku tak berkenan laahh weiii.

hmmm.. tapi company aku iv ni pulak ramai terlebih orang pulakkk.. tattuuttt itewww..department banyak...pekerja ramai gileerr..project banyakk.. buat kecuttt..kejunngg perut semua ada...#gugurjantung
manusia...well biasalahh..bila sorang nak ramai,,bila ramai takut pulak,,aishhh..
positif tak boleh atikah??

hehe..
kenapa aku terima kerja kat Johor??
simple..
1...sebab aku suka Johor, best..kalau KL cam serabutt.. kalau Seremban ok lah duduk dekat rumah tapi nanti pusing2 jumpa company lama aku..so aku dikira macam betray lah gamaknya..hmmm..
aku pun belum bagitau demee lagi..serabut pulak..

2...sebab company ni bagi aku rumah..apartment..dekat dengan office..so jimat minyak dah boleh jalan kaki..lagipun sekarang sewa pun dah berapa kan? mahal. aku tengok apartment ni pun sewa tak ada perabot dah rm 1000..matilahnakkk nak bayau kalau kena carii sendiri kan? so,,orang bagi rumah just bayar api air..kira ok lah kan?

3...gaji? gaji bebese je kengkawan..taraf degree lah..huhu

4...sebab nak berdikari..dapatlah parents aku nak rindukan aku lebih kan nanti? bila balik rumah boleh mak masak sesedap..weeeeeeeeeeeee..

5...hehe..sebab orang dah offer kan? terima je lah.. lagipun aku memang malas nak mencari apatah lagi nak hantar resume..heee..ayah pun kate..cuba dulu..kalau tak sesuaiii,,cari kerja kat rumah pun bolehhh..kan? tak rugi mencuba..atikah kuat! walaupun hati risau..yela,,,tahap kepandaian memasak aku ala kadar..setakat makanan tak mengenyangkan pandai lah aku...#nangisss..
balik rumah nak suruh mak ajauuu masak!

tapi...
dalam paling banyak part..
part paling best ialah....
aku start kerja 20/07..yakni hari raya ketiga.
sasau tak rasanya bila tak dapat beraya? sobs sobs
tu pun dah cukup baik sebab company tu bagi aku ruang sebentar..sebab kalau nak diikutkan masuk kerja 01/07...tapi..disebabkan kat rumah mak jaga anak orang..fifi cuti sem ni nak kerja cari duit raya..
soooooo...
kesian kat mak nanti tak ada sape nak tolong untuk preparation raya..
sapa nak buat kuih raya kan nanti? *angkat kening
yela..tiap tahun aku yang bertukus lumus buat kuih raya sambil telan air liur tengok kuih tu..huhu
so..terpaksa korbankan raya tahun ni..
tak apa lah..dapat puasa dengan family pun dah bersyukurrr..
Terima Kasih Allah s,w.t. Alhamdulillah dengan nikmat mu.
Jadi orang yang lebih baik atikahhhh! Ingat!

hmmm..wish me luck ok!
untuk segalanya..
untuk VIVA..
untuk kerja..
untuk jodoh..huhu
untuk kehidupan.

semoga kita semua berjaya..dan mensyukuri kehidupan ini.
Insha Allah

Wednesday 6 May 2015

choices

ASSALAMMUALAIKUM

Hai. Lama sudah tidak bertemu bukan? rindu?
maaflah hakak busy disaat genting ini mana nak siapkan FYP, mana assignment lagi, mana fikir jodoh lagi. #eh yang last tu tipu ok, hehe

hah. cerita pasal FYP, bermakna lagi beberapa bulan aku bakal bergraduasi *kesat air mata
malangnya..malangnya..
aku masih tak ada hala tuju.
stress.

nak study? muka aku kalau nak continue study memang tak lah kan! Tak minat malas lah nak bergelumang dengan buku-buku ni. Lagipun aku bukanlah bijak sangat bab-bab study ni. hisshh
nak kerja? nak kerja tak tahu nak kerja apa. hati pun berbelah bahagi,
kiri rasa nak tukar bidang, kanan pulak rasa nak teruskan bidang ni.
Itulah aku! Suka sangat follow the flow, so bila terpaksa buat pilihan, gelabah, pening, stress.

As always
Masa nak masuk U, takut course aku ramai lelaki, takut tak boleh bawak
Masa tahun dua, takut nak survey camp, takut semua benda, takut nak set up alat, takut groupmate la
Masa tahun tiga, takut nak praktikal then takut pulak nak cari sv
Masa tahun empat, dah ada tajuk FYP, takut software tak sampai so takut kena ubah tajuk last minit
and
now!
takut nak kerja, takut nak terima offer, takut kalau duduk sorang la, takut tak dapat performlah.,takut nak berhijarh, takut bos lama bising lah.
aishh..
Kenapa jahat sangat fikiran awak atikah? kenapa selalu negative? kenapa?

so,
help me dear.
mampu kah aku? macam mana aku nak survive?

so..
sometimes the wrong choices bring us to the right places.
right?
pray for me..
semoga aku berjaya..

Monday 16 March 2015

royan

ASSALAMMUALAIKUM

Merenung ke luar jendela,
Bayu pagi meniup lembut,
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku..............

aku tanya apa khabar?

herr..fefeling kau nak menyanyi bagai
apa khabar semua? sihat?
aku? aku sihat cuma jiwa yang semakin tak sihat..emmm

macam mana jiwa nak sihat bila lagi berapa bulan aku nak grad tapi aku masih tak ada boyplen..eh?? #eh #eh #eh...hehee bukanlah..lagi berapa bulan nak grad tapi sebenarnya aku masih tak ada arah tuju kehidupan. apakah? hmmm. aku masih terfikir duo puloh ribu belas juta kali nak kerja bidang aku belajar ke nak jadi executive ke.. cewaaaaaaaaaahhh..verangan kau

stress ok. yela. selama ni dok follow the flow sampai kali ni aku macam dah give up.
er. ni semua salah ex bos aku yang buat aku terus lesap minat nak teruskan dalam bidang aku belajau ni. matilahnak kalau lecturer tahu oiiii.. #larikkkkk

over kan dok pikiaq pasai kirija padahal psm entah ke mana..pirahhh..malas makin menebal nak buat kerja..nak menulis malas..nak pergi kelas malas..semua lah malas..balik rumah aku rajin

macam mana aku tak malas kalau tetiba aku ada hobi baru nak kumpul buku fixi bebanyak. err
lepas tu nanti aku boleh buat mini library dekat rumah then boleh bagi anak-anak aku baca untuk mereka pelajari tentang kehidupan yang penuh mencabar tatkala menjelang GST yang bakal bermula.
apa kena mengena oiii??
dah otak tak sihat ke apa nak bagi anak2 baca cenggitu..orang ajar mengaji kau ajar baca fixi. apa kes??

hah. nampak kan otak aku kurang stabil.
yela..kesunyian. roomate tak balik lagi bila aku masih lagi keciwa terpaksa balik awal sebab ada orang telah gagalkan rancangan ponteng kelas aku yang telah aku rancangkan sekian lama.
err. padahal balik sia-sia sebab aku tak buat pape pun sebenarnya tadi.heeee..
shhhh..rahsiakan tau!!

actually aku nak gebang cite pasal fieldwork yang aku buat walaupun bukan psm aku. yela. nak lah berlagak gitu-gitu sikit pasal field hydrography dengan gps teh yang buat tengah bandar tu. tapi....aku malas nak transfer gambar so lain kali lah eh aku tulis.

da-----
xoxo.
baiiii

Thursday 19 February 2015

random

ASSALAMMUALAIKUM

 oh hai. saje jenguk. di kala stress tak ada air. memang.
asal raya je kolej aku mesti buat hal.
sem lepas raya haji ni pulak raya cina.
 aigoooo. terkena sumpahan barangkali ini bangunan. -.- .

eh? pelik sebab sem belum buka tapi aku kat sini?
jangan risau. aku disini sebab berusaha siapkan fyp
bajet bukan? πŸ˜‰
walaupun penuh onak duri sepanjang disini
dengan kena sewa bilik siap call mak ayah gituu mampu?
23 tahun dan pengetua tak percaya cissss.
mau kena nganjing dengan En Shahlan for the whole sem .
tapi nak buat giii mana ya?

terpaksa berkorban setiap hari kena duduk bilik dekat fakulti dari 8.30 to 6
hahhh. ada orang serajin kami? kalau ada angkat tangan..heee
tak rajin mane pun kak oii tapi lebih kepada terpakse.
huhh terseksa kut kena bangun pagii. #jatuhsahambagitau .

but Alhamdulillah. Syukur Ada SV yang baik.
Apa nak dapat. Nota bagi.
Alhamdulillah. Cuba sehabis baik.✌✌✌✌✌✌✌ .
semoga semester yang bakal bermula beberapa hari mampu aku lalui sehabis baik
sobs sobs. pejam celik dah last sem.
otookeyyy. lepas ni tak ada lagi tukang karut.
tukang bagi bedtime stories
tak ada lagi roommate gila yang layan gila aku.
tak ada lagi orang yg support sume aku bt tak kira kerja gila ke ehhh..
cweeetnyeer iteeww niiii haha 😘 .

Kalau nampak gaya menulis teramat pelik sebab menaip pun guna phone je sambil golek-golek atas katil tahan sakit perut yang sibuk nak buat hal time tak ada air and sambil dengar dum dam dum dam bunyo mercun cny mahhh.. 🎡🎡🎡dong dong chan gong gong chan

Tuesday 27 January 2015

Alhamdulillah

ASSALAMMUALAIKUM

hmmm. hai. kite saje intai-intai wak blog kite jap. almaklumlah sedang bercuti, memang gaya bercuti lah nampaknya kan. malas berhabisan kejenye je oii.
ahh. lupa nak habaq. Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan semester ketujuh di UTM ini.  Alhamdulillah. Ini bermakna tinggal lagi satu semester lagi. Insha Allah, dengan izin Allah s.w.t, semoga dapat bergraduasi tepat pada masanya.

Alhamdulillah juga dengan result semester ini. Ya Allah, sungguh tak terduga langsung dapat result sebegitu. Almaklumlah, semester lepas penuh onak duri dimana masa ibarat amat mencemburui aku sangat. hmmm. mungkin aku yang tak pandai urus masa. my bad! Tambahan lagi time nak exam tu lah aku demam teruk kan. Time tu semua dah redha, semua exam aku goreng oii. Nasi goreng pattaya ada, nasi goreng USA ada, semua goreng adalah dalam jawapan aku sampai diri sendiri nak baca balik apa yang ditulis tu rasa tak sampai hati, segan benau aku dengan jawapan aku. haha.
Tapi Alhamdulillah, mungkin kali ni goreng aku cukup rasa, #eh - bukan cukup rasa tapi lecturer yang bagi markah kesian mungkin. haha.

Paling happy haruslah kadaster. *tepuk tangan
Terima kasih Dr Harun Saiyangggg Dr lelebihhh...amboiii. giteww sekali kau!
FYI, kadaster antara subjek yang mencabar yang penuh halangan penuh onak duri yang harus ditempuh sepanjang semester lalu *hiperbola perlu ada
Tapi sebenarnya aku rasa markah kesian je tu, tak pun markah sebab dia kenal aku. haha. #atikahsuhaimekatakan
hah. lagipun aku jawab salah ok yang 12 markah tu, haha. kemain confident kata kaww. ah. ni salah skema jawapan. salah skema! haha
apa pun aku bersyukur. Terima kasih semua!

hah. yang paling bersyukur.
Alhamdulillah. Software untuk #PSM aku dah sampai. FINALLY!
So, bermula kerja baru yang bakal aku lakukan. Teruskan dengan PSM. Semoga semuanya dipermudahkan. Semoga kita semua dipermudahkan dengan apa yang kita lakukan. Amin.
Risau kut kalau tak dapat, boleh mati kejung aku jawabnya, kalau tak dapat kena tukar tajuk. Tak ke gigil kau, kalau kau kena present VIVA balik? errr. tatutttttt ok!
I'm a happy kid !
*lelompat

hahh. post ni bukan nak berlagak ke bangga diri ke. hahh. ok! Aku tak ada kate pun aku dapat 4 rata ke hape. nak dapat 4flat? Aku boleh je nak dapat tapi dapat dalam mimpi je lah gamaknya oi. huhuhu

#eh. sedar tak sedar lagi berapa hari aku nak masuk 23 tahun.
arghhh.
23 tahun
tapi
masih malas
masih bangun lambat
masih selekeh
masih tak kurus ( * tak nak cakap gemuk - flip hair )
masih degil
masih tak matang
and
masih keseorangan #eh
kbai!!!


Thursday 1 January 2015

goodbye 2014

ASSALAMMUALAIKUM




Its new year baby
Happy New Year everybodyyy
well tahun baru semua dok sibuk canang sana sini azam baru depa
aku? hmmm. selain azam sepanjang hayat nak kurus tu rasanya aku tak pernah ada azam baru.
hmmm.
orang yang suka follow the flow macam aku memang toksah ada azam, konpem tak tercapai dik oii.

but
2014 is the best.
turun naik suka duka hidup banyak mengajar aku even tak bagus mana pencapaian hidup aku
but still
I am a happy kid, happy daughter, happy roommate and happy friends

and
2014 tahun yang buat impian aku mostly jadi nyata iaitu :


  • aku dapat usahakan cari duit travel, dapat permission mak ayah. and paling happy dapat realisasikan impian zezaman kekanak aku which is nak pakai braces. Lantak apa orang nak cakap, tak bersyukur gigi dah lawa nak pakai ke - . - yang penting aku ada family yang support apa je aku nak buat and aku tahu lah diri aku, takkan lah aku sesaje nak sakitkan diri, seksa diri kalau gigi dah ok kan. Dun worry baby, kalau sakit aku yang tanggung, kalau habiskan duit aku juga yang tanggung. So, toksah serabutkan otak hangpa nak pikiaq berapa harga lah, kenapa aku pakai lah, tak beryukur lah, nak jadi hot lah. Hangpa boleh tolong aku tutup mulut sudah ok! shhhhh

*peace

bersyukur
2014 juga banyak pengalaman aku lalui :


  • Berjaya jalani latihan industri sensorang diri, jumpa orang baik even kebaikan tak last longer. but aku bersyukur and hargai. Dapat kerja time cuti at least dapat bagi mak ayah sikit. Dapat duit belanja nak raya. Kena tipu tu aku halalkan. Bagi aku, tu bukan rezeki aku. Kalau dah takdir tu bukan rezeki aku, maka aku halalkan. Itu urusan kau dengan Allah s.w.t.
  • Allah s.w.t maha adil. Urusan aku nak mencari supervisor untuk PSM dipermudahkan, maka aku kena reda kalau aku dapat panel hardcore sikit. Adil bukan? Masa nak cari sv, aku tak cari and tajuk pun tak ada Allah dah bukakan jalan. Terima Kasih En Shahlan sebab offer walaupun aku macam tak layak dengan tak ambil subjek ocean dengan tak pernah excellent bab hidrografi. So, memang aku layak dapat panel yang buat aku ketaq lutut. so, be prepare je. Kalau dah buat yang terbaik tapi kalau dah bukan rezeki, siapa aku nak persoalkan? mesti ada kurangnya aku kat situ. #watlekwatpeaceok
  • Tahun ni juga buat aku kenal orang sekeliling. even kadang-kadang rasa sakit. And sometimes tertanya-tanya jugak why they hate me? and sampaikan aku boleh nak hasilkan buku - How to be HATED without reasons. Konpem boxopis cite iteww wak. Yup. dalam dunia ni, mana mampu kita nak puaskan hati semua orang. Lagi-lagi si rebel macam aku ni. Yela, faham, aku tak baik mana, dari segi penampilan, pakaian semua dah boleh buat orang judge. Yela, kalau penampilan kau dah tak nampak baik, mestilah kalau kau tak buat pun orang boleh tuduh kau. kan? kan? So, terima ajelahh tikah oii. Dun worry ok. Aku tak ambil pot pun, positivekan diri, bencilah setakat mana yang anda mampu, fake lah wahai teman. saya redha. cewaaaahhh
  • Berjaya lalui VIVA psm1 even tak bagus sangat but still aku bangga sebab dapat buat presentation dimana membanggakan bagi aku sebab aku yang paling loklak kalau bab nak bercakap depan orang. kalau tak nebes mesti cakap umpama bullet train. bangga what? susah kut nak present almost 25 minutes dengan berbraces ok ! teknik nak halang penyemburan air liur berlaku kene mahir. Dapat jawab ke tak kena bash ke tak itu belakang kira. cite belakang-belakang ok.
  • Sekarang tengah final untuk second last semester. And dah boleh agak result. dah boleh membayangkan bilamana semester ni, tahap rebel yang tak patut ditiru tu melampau-lampau. Test ke laut, kalau tak ada teknologi agaknya sampai ke planet marikh markah test tu. haih. apa nak jadi jang oii?

but most important, tahun ni ajar aku a lot of things
salah satunya
dalam hidup ni simple je.
kalau tak dapat apa yang kita suka, suka lah apa yang kita dapat.

sebab tu mudah je, bersyukur dengan hidup kita.
tak payah membenci, tak payah block orang sana sini.
tak payah jadi fake jeles orang sana sini.
that's the way, barulah hati tu tenang ye kawan. im trying be nice.
sebab
biar orang buat kita, jangan kita buat orang.

how time flies
tup tap tup tap dah new year bersamaan tinggal satu semester lagi nak menamatkan zaman degree.
semoga kita semua berjaya mendapatkan segulung ijazah *amin
yeah!
semoga juga kita mampu menghadapi segala dugaan untuk siapkan FYP kita.
#goodluck #4sghu #lebiu