Assalammualaikum.
Depresss. Mungkin perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan perasaan...kehidupan aku sekarang...nampak tak ayat tanda dah semakin matang gituuuu? nampak tak?
Aku pun tak tahu lately ni aku semakin sensitif...super sensitif.
Ye...tahu...kehidupan bukan sentiasa berwarna warni..indah nian..bukan juga selalu di atas.
but kengkadang selalu tertanya juga..why always me?
orang-orang tak tahu apa yang aku lalui.
tengok aku happy..gelak-gelak..tapi dalam hati siapa yang tahu? tak ada kan?
korang tahu apa aku lalui 5 bulan ni? apa aku makan? apa aku buat? camne aku hidup?
tak..tak ada orang tahu. tak ada.
apa aku rasa sampai aku dah tak tahu.
ye. betul. jodoh pertemuan ajal maut di tangan Allah s.w.t.
Siapa aku nak persoalkan. Kalau dah bukan jodoh aku nak buat camne kan?
Sebenarnya puas aku create kan moment supaya aku nampak bersedih. depress putus cinta. Kecewa percintaan putus di tengah jalan. cewaaaah.
malangnya......
tak bersedih langsung. ke aku dah tak ada perasaan? ke aku memang berharap hubungan tu tak ada. amboooii.. jahat kau tika ye!
hmmm. mungkin ada jodoh aku tu. belum muncul lagi je tu.
otak aku ni berserabut. Fikir dua tiga empat lima enam kali betul ke keputusan aku. Betul ke aku resign? Betul ke aku nak cari kerja lain? Betul ke aku nak berhijrah? Betul ke? Betul ke?
Mampu ke aku?
Mampu ke aku nak bawa diri jejauh. Doakan aku ye semua. Semoga semuanya dipermudahkan. Kalau ada rezeki aku disana disana lah jawabnya. Kalau tak ada rezeki dah ditentukan.
Sabar je lah.
Orang tak faham apa yang aku lalui. Orang tak faham apa aku rasa. Jadi aku lah yang kena fikir lima belas juta enam ratus kali betul ke keputusan yang aku buat.
Entahlah. Aku tak tahu kenapa aku menulis ni? Mungkin sebab terlalu sedih. Tak ada orang appreciate langsung.
hmm.
Tak pelah semoga misi membawa diri aku berjaya dan dipermudahkan. Betulkan niat dulu baru dapat keberkatan kan? Niat apa biar saya sahaja yang tahu ok. Adiosss.
No comments:
Post a Comment