Friday 15 August 2014

ME - myself

ASSALAMMUALAIKUM

Ye. Menurut tajuk di atas hari ini aku nak bercerita pasal diri aku.
Ok. Tak payah muntah sebab aku tak ada niat nak bajetkan diri yang tak fofular langsung dan tidak punyai apa-apa. sobs sobs.
Hmmm. Lupakan jugak cakap-cakap kosong aku yang dok bising kata nak gebang sana sini pasal hari raya. Tidak lupa juga lupakan niat aku nak tayangkan ootd aku sepanjang raya.
Lupakan. Lupakan sebab aku yakni tiada masa. Tiada.
Nak berbicara pasal diri sebab apa? sebab aku tetiba merasakan diri ini banyak kekurangan. Cewaaahhh.
Lagipun sebab sibuk nak menulis tatkala take five dari buat nota PSM. EH?
Banyak yang berlaku sejak dua menjak ni dekat aku. Menjadikan aku lebih kuat. Menjadikan aku rasa tolonglah lambat masa dan nak je aku gunakan 24 jam yang ada dengan berguna.
Ye. Tiada apa yang menarik kan selain dari kereta aku dilanggar hingga remuk. And untuk kali ke berapa aku ditimpa bertubi-tubi.
Ibarat jatuh ditimpa tangga, muka hempap tahi ayam. Keciwa~

Bulan yang agak berat bagi aku. And aku tiada masa untuk raya. Makan kuih raya. And aku langsung tak merasakan raya malah raya ke berapa pun aku tak tahu.
Kerja office berlambak. Tersangat berlambak.
Rasa nak menangis bila harus menyiapkan 100 pre-comp dalam masa dua minggu.
DUA MINGGU? dengan hanya terdapat dua orang pekerja? And seorang pekerja tidak sihat and so tinggal lah aku sorang!
dua minggu lagi juga aku dah habis kontrak. ee? kontrak ek? So, aku juga harus siapkan projek hutan yang lebih besar ratusan ribu sebelum aku melangkah pergi.
Boleh fikir tak mana masa aku nak cekau? dengan PSM lagi.
ye. PSM yang aku tak sentuh berbulan and bila nak start semester lah baru terhegeh-hegeh.
Baguskan?

And, cakap pasal kesibukan aku. Aku rasa mungkin sukar orang nak bekerjasama dengan aku.
ok. ni bukan nak puji diri tau!
Aku jenis bila bekerja sangat serius. So, kalau ada kerja tak siap aku akan buat straight tanpa rehat.
Kak Za dah banyak kali pesan aku. Ingat.
" kita yang buat kerja bukan kerja buat kita "
hahhhh. tapi aku tak boleh! so balasannya dah berapa hari aku tak boleh nak angkat tengkuk sebab sakit dok hadap laptop 24/7.
Seeeee. no good atikah. nooo good.

Satu lagi yang aku rasa nak ubah bila aku tak dapat buat sesuatu perkara or perkara tu fail. Mesti darh aku senang je nak menaik.
Yelah. bila kau deal dengan software yang super dupper sensitif.
Tak ke naik darah uolsss? Haruslah meradang. Sikit-sikit nak corrupted.
Rasa nak menangis bila kerja yang kau siapkan berminggu-minggu last-last corrupted and aku terpaksa berjaga sehari suntuk untuk siapkan. Tanpa tidur!
tu yang aku nak ubah. Boleh tak ajar aku kesabaran sikit?
boleh?

oklah. ni bukan take five. Ni dah melalut.
bye.

Wednesday 6 August 2014

bebel

ASSALAMMUALAIKUM

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!
Mohon ampun kalau ada salah dan silap ye kengkawan.
Hahh? Nampak tak kebusyan akak? Dah raya ke berapa baru nak menjengah blog walhal niat nak menulis dari sebelum puasa, ke bulan puasa, ke buat kuih. Ternyata propa je semua itu.

Well. Hari Raya aku biasa je sebab kan bagi aku hari hari hari raya. cewahh. Padahal.
Sebab aku bekerja, penat balik nafsu nak shopping terus tak ada. Nak dijadikan cerita pulak sebelum raya aku demam teruk ditambah pergi site hari Jumaat sebelum raya. Lemah iolss rasa tau.

Time raya? Apa aku buat? Yeah. lepas sok sek minta maaf, as usual aku pun berfeeling senseorang ambil gambar feeling retis padahal mampu selfie ootd guna monopod je. sobs sobs. Tak sampai sejam aku dah tukar baju ke jersi JDT aku yang aku dok feeling aku ni anak jati johor katakaw..

aku ni menulis pun tatkala pening dekat office yang dok busy siapkan projek baru. Hahh. propa busy tapi sempat pulak kau menaip kan?
Tatkala kesunyian ini lah otak aku dok pikiaq sebulan lagi aku bakal melangkah ke tahun akhir. yeah!
tapi..
PSM?
Ye kengkawan, aku belum sempat sentuh satu haprak pun.
Aku dah membayangkan macam mana marahnya En Shahlan nanti.
makkkkkk. itewwww takut !!!!!!!!
Nak siapkan Chapter 1 PSM entah macam mana lah kan. Satu idea pun aku tak ada. Mood tak ada. Kerajinan tak ada.
Apa nak jadi Atika oii?

well. biasalah kan. Bila dekat rumah tanggungjawab jadi banyak.
Selama aku kerja ni aku ada lah buat proses data tide ni jugak. Terkezut beruk gak lah aku bila kerja aku proses bos caj RM 3500.
WOW! Aku buat tak ada lah ambil masa sangat. Sejam pun tak sampai dapat 3500?
Malangnya..aku mampu wow je. Sebab apa? Sebab aku dapat zero. sobs sobs
Tak apa lah atikah. bukan rezeki hangpa laie tu.
so, aku macam doa2 lah ada surveyor nak minta buat pelan. dapat duit lebih.
iolss bukanlah mata duitan tapi iolss kan nak pergi travel bersama rommate terchenta so haruslah perlukan duit. Iye ke idok?
hahaha. tak apa lah. tak apa lah.

huhh. kerja tak siap boleh pulak kau fikir travel kan?
lepas tu boleh lagi anasir jahat ( diri sendiri ) nak hasut aku supaya tergoda beli kasut dekat nile.com
Eh? behave ok atikah! duit tarakk. jangan nak over!

hmmm. ok lah. sebenarnya tadi aku nak cerita pasal raya aku sambil berkongsi gambar meletops iolls.
* meletop ke gile? - perasan.
hohoho
bye
xoxo