Selamat berpuasa semua. Wahhh. Pejam celik pejam celik. Alhamdulillah. Dah 5 hari kita berpuasa.
Bermakna dah 5 hari jugak aku melalui fasa puasa yang agak menyedihkan.
Kenapa?
- Kali pertama berpuasa sebagai seorang perantau di negara orang. Arghh. Tak kira walaupun korang nak kata elehh, tak jauh mana pun nak over. Hello, masuk SG pun pakai passport tau, kira feeling jauh leteew. Walaupun sebelum2 ni aku ada je puasa dekat matrik, dekat UTM, dekat The Store masa kerja...tapi feeling ni lain bilamana kau sahur sorang, buka puasa sorang. Sedih beb!
- Bangun awal pagi. Kerja awal pagi. Bila puasa ni automatik waktu kerja aku kena berubah. Masuk kerja pukul 7 balik 5. Disebabkan kekangan tempat tinggal yang agak susah untuk dicari, maka aku terpaksa gerak dari rumah before 5.45. Iaitu tepat2 lepas sembahyang subuh. Lambat gerak maka lambatlah engkauuu iye. Disebabkan aku seorang time freak, masa itu ibarat emas bagi aku dan aku tak suka kelewatan.
- Tak ada suasana puasa apatahlagi hari raya. Aku rasa kalau dekat Malaysia, bazar ramadhan harus dah macam pesta kan. Tu belum shopping complex dah over lip lap sana lip lap sini sambil dah pasang lagu raya. Kat sini..hmmm..puasa tu apa?? Sebatang tiang bazar ramadhan pun aku belum ketemu. Yang aku ketemu, ramai orang Islam tak puasa. Sedih tengok. Mintaaa dijauhkan... Aku kepingin nak makan agar-agar..kuih muih. Tak pun murtabak..hmmm..sedaaapnyee.
- Nak puasa dengan family. Rindu nak sahur dekat kfc. Gigih bangun pepagi.hmmmmmmmm
Dah lah. Ini pilihan aku. Aku kena terima. Aku bersyukur masih dapat makan. dapat puasa
Dapat rasa nikmat ni. Dapat rasa pengalaman ni. Aku pun tak sangka aku sekuat ni.
Dua minggu sebelum puasa hidup aku punyeelah miserable. Macam zombie pun ada hoiii. Mana taknya kerja banyak macam aku punyaiii 12 tangan dan 12 otak. Kepala hotak diaa!
48 plan Asbuilt nak kena hantar tu belum lagi Setting-out, precom, topo yang bertubi3 nak kena endorsed. Sampai klien call aku punye honest cakap aku belum sempat tengok projek dia.
Sengsorang dekat office. Hampir menangisi nasib. Tapi bila fikir apa yang aku dapat memang kena berbaloi. aku tak mengalah. Yelaa. Bukan senang nak senangg kan. weyh. OT kau berbayar kut. Sape nak bagi rm 45 sejam kan? so kena tahan la kan. Walaupun rabak tetap kena buat. Tu belum balik rumah pukul 12 makanan dah tak ada jual. Masa tu sedih gila. Alhamdulillah dah send walaupun aku tahu akan dapat beribu komen punya nanti nak kena hadappp. huaaaaaaa. Aku venciii Long Section oiii.
Ok la. sis dah mengantuk. bai. jumpa lagi.
Rindu sis?
Jap sis belanja selfie satu okeyh.
*poyo padahal tak ada sapeeee kisahhh
No comments:
Post a Comment