ASSALAMMUALAIKUM
HAII......HAI.......HAIII
cepat je masa berlalu kan? kan?
pejam celik pejam celik dah masuk 2014
tangan pun dok loklak lagi nak tulis tarikh masa jawab final exam sebab masa di awangan 2013
FINAL?
hmm.. toksah ditanya..sebab memang dah boleh merasa dan hampir menghidu kehancuran di situ..sobs sobs
untuk tahun 2013.
ye. banyak benda yang berlaku.
pahit . . manis . . tawar . . masam semua bersatu dalam kehidupan aku yang penuh dengan onar dan duri. cehh..
amboi. ayat!
so, izinkan aku untuk membuat sedikit review about 2013 di waktu masih ada lagi satu killer paper tapi mood nak study menghilang tak muncul-muncul.
1. pada awal 2013, aku kehilangan datuk. the only one datuk yang aku ada sejak aku lahir. Yup, bila kita kehilangan baru kita merasainya kan? begitu jugalah aku disebabkan aku tak lah rapat dengan datuk dan nenek. But aku masih boleh terasa terkilannya aku sebab tak dapat tengok wajah terakhir dauk even aku bersusah-payah balik kampung dari UTM sehingga tersesat bagai. Sudah tertulis sebegitu barangkali.
2. putus cinta? krik...krik...krikkkkk
ye.ye.. aku lah si gadis yang putus cinta dengan rakan sekelas tu. hmmm. k k k. *flip hair. apa ade haL, kita berbuat open ye disini. Tak ada jodoh apa nak buat kan? Biasalah kita hanya mampu merancang, Allah s.w.t menentukan. cewahh.. btw I masih muda masih young, wild and free. gitu? Even kita dah tahap basi dengar pun boleh muntah aku masih lagi dikaitkan dan diejek lagi-lagi dengan family. demm
-.-' nasib lah aku si berhati mulia yang penyabar orangnya. haha ( gelak tak ikhlas ). Tapi aku tak kisah pun semua tu past is past tak lupa, tak marah dan tak fefeling pape tau. kawan ok?
3. sweet moment 2013 goes to survey camp. yeah!! *sorak.
Padahal, aku lah yang si mental down sampai tak dapat jawab paper geodesy sampai cik Din bagi kita B- okey, #menci bila dapat tahu aku kena jadi ketua group pastu ketua konsortium aku orang pandai giler gitu. mau tak ketar lutut cheq bak hang. But benda yang aku over takut tu jadi terbaik. Seronok , superb and meriah gitu. Yang paling best haruslah percutian satu hari eh setengah hari di Pulau Pangkor. giler seronok and pengalaman yang paling best!
4. Puasa dan Hari Raya.
yes. puasa dan raya tahun ni aku sambut dengan family. I mean raya sampai lebam dengan family. Yang paling best raya tahun ni aku berjaya menunjukkan skil masakan aku iaitu aku berjaya membantu menabur bakti kepada mak dengan buat semua kuih raya. So, diminta, kepada ibu-ibu di luar sana buka mata dan jadikan saya sebagai calon menantu idaman. Kbai. Ye, tahu tak ada apa yang nak dibanggakan sebab semua perempauan *wanita kena pandai masak. tapi aku bukanlah malas tapi selalu aku dekat rumah harus membantu emak menjaga budak-budak. baby sitter katakan, jadi tak ada masa gitu tau. Ok, again saya pandai jaga budak jadikan calon menantu jugak! hikhik
5. Semester 5 Geomatic Engineering.
Tapi maybe ada kebaikannya. Time ni dapat rasa kerjasama kumpulan, tak tidur 2 3 hari bersama. auww. so sweet. Thanks geng! *hugs and kisses. muaxxxxx
oooo. tak dilupa, semester ini juga aku dapat pengalaman baru. Dapat menjayakan presentation di hadapan ramai even aku cakap laju nak mati bak kereta api ekspess yang semput. Dapat handle dinner sebagai Ketua Unit Protokol. Terasa bangga dengan diri ini. -.-'''
p/s : semester depan saya dah praktikal. yeah! dah besar :'(
6. Salah faham
Tak boleh dilupa semester ini juga banyak libatkan salah faham. Terputus hubungan antara kawan yang amat baik juga masih dirasai. Tahu, susah nak kembali seperti dahulu and aku mengerti. Ada antaranya yang aku gagal mengerti bila ada insan-insan yang tak puas hati dengan diri ini. Haters gonna hate. Tak gitu?
Aku? ada apa dengan aku?
Nak kata baik untuk dicemburui, tidak sama sekali kerana aku adalah insan yang suka membuli dan menjadikan sebagai keseronokan diri. hikhik. p/s : sorry Farah Hafizzzz.
Nak dikatakan cantik, tidak juga sebab aku adalah aku yang serabai mabai dimana aku pakai apa aku nak yang suka selfie bajet comel dengan kerut-kerutkan hidung. *flip hair to Zery. hmm. si bajet itu adalah aku.
Nak dikatakan pandai, lagi jauh panggang dari api. Semester ini lagi aku ke laut hilang diri hilang identiti hilang nota untuk diri juga.
Nak dikatakan kaya terlalu jauh buat diri ini.
Aku hanyalah aku. So, stop it please. I know its hard to please everyone but im not here to win a popularity contest. ok? Aku bangga jadi diri aku and aku pun tak teringin nak susahkan sesapa.
sekian saje kenangan 2013.
semoga tahun baru ini dapat membawa seribu juta kebaikan kepada kita semua. Semoga mendatangkan kasih sayang yang lebih menggunung antara kita. Muaxxxxxxxxxxxx.
and
pada tanggal 04 Januari 2014 merupakan hari lahir ayah kite..
En. Abdullah b. Mohd Kasim
HAPPY BIRTHDAY #shout #shout
Semoga ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan, bahagia dunia dan akhirat.
Angah sayang ayah dunia akhirat.
Tak ada sesapa yang mampu menggantikan ayah.
selamat hari lahir ayah!!!
p/s : bermakna 04/02/14 pula aku bakal mencecah 22 tahun. Bermakna makin tua dan aku kena mencari calon secepat mungkin kerana azam aku untuk berkahwin sebelum 25. puihh. GATAL KEMAIN KAU ATIKAH!
Kbai.
* much love all - 2014 be good to me , please! *
No comments:
Post a Comment