ASSALAMMUALAIKUM
HAI.
Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Februari aka bulan 2 aka bulan birthday kite leteww. hikhik *gelak comel
dan bermakna aku telah berjaya menamatkan 9 hari misi mencari kawan aku yang bermula pada 16 Januari lepas.
hah?
ok. ok. kepada yang tidak tahu setelah pulang ke rumah aku dengan semangat penuh kekobaran telah mengikuti Aini untuk bekerja. selama 9 hari
dan kekononnya kerja yang mudah dan mampu dapat RM 100 sehari
what? gua dengan bermata $$$ mengangap ini peluang yang bagus apalagi gua pun amat memerlukan duit untuk Latihan Industri dengan harapan tidak mahu menyusahkan ayah dan mak. feeling anak mithali sangat tau iolls.
kerja aku mudah dalam erti kata lain sangat mudah tapi...
aku ni bermuka sophistikated *betul ke eja?
jadi amatlah susah bagi aku nak dapatkan 50 orang ahli untuk KAD TESCO
ok malu !
Gaji yang sebenarnya basic RM 45. Dan setiap ahli yang kita dapat, kami akan dibayar RM 0.50.
50 sen ? ok? demi mencari sesuap 50 sen aku mengenepikan malu aku.
kaki gua jangan dicakap berdiri 12 jam tanpa henti walaupun 3/4 sebenarnya aku merayau dan sekali sahaja aku balik jam 11 malam. tapi bagi aku hiperbola itu perlu.
ye. ini antara benda yang paling memalukan aku lakukan.
Sehingga kini aku masih memerah menyala muka menahan malu tapi aku gagahkan diri ini menaip demi bakal anak-anak gua yang patut tahu kehidupan semasa young | wild | free. LOL
Kenapa aku malu?
kerana aku diberi pakaian kuning terpekat and terpampang besarnya ayat
WANNA BE MY FRIEND?
Kan gua dah kate lu tengok mesti lu akan gelak terbahak-bahak. dem.
tapi sebenarnya 9 hari tu pengalaman yang paling bermakna bagi aku.
dan aku pasti pengalaman yang aku tak jumpa kat memana.
so, check it out !
2. memandangkan aku dengan si aini ni funny orangnya. maka kami selalu mengusik security2 di sini sampai pak cik sedih bila tahu kita last semalam. Sweet tau pak cik ni. Mereka la selalu layan aku and buat menjadi mudahnya untuk aku lari balik awal. hahahahaha *gelak evil
3. Gua tak tahu nak happy ke tak pasal benda ni. Mostly semua dekat tesco tu anggap ktorang budak lepasan sekolah yang berumur 18 tahun. WHAT THE HECK? malu tau iteww. Iteww ni lagi 4 hari dah nak masuk 22 tahun. Kalau gua happy mungkin sebab aku ni awet muda tapi yang buat gua membara kalau gua macam 18, bila gua nak jumpa jodoh gua? Gua nak kahwin 25 tahun kut. lewlsssssss. -.-'
4. Ok. Ini sedikit serius.
Disebabkan kami ini peramah tak kira bangsa, keturunan, agama dan pekerjaan, kami berkenalan dengan ramai orang. bermacam perangai yela rambut warna warni hati lain-lain. eh?
Kami selalu berborak dengan seorang mamat cleaner dari NEPAL. Yang peliknya ktorang dapat merasakan dia seorang yang bijak. Mengira pantas, Speaking yang amat fluent gua kata lu.
finally ktorang dapat tahu dia memiliki BBS.- Bachelor Business Study. Dan disebabkan kesusahan di negaranya, dia terpaksa kerja dekat Malaysia dengan kontrak 3 tahun. kau mampu? Kita orang Malaysia ada ijazah je dah feeling high, demand toksah cerita ! Jadi konklusinya dan moral value yang aku dapat supaya kita jadi orang bersyukur. Kita perlu bersyukur dengan negara kita walaupun kita tahu terdapat berbagai masalah. Dan ini mengingatkan aku dengan seseorang yang tidak kisah nak berhenti belajar. Sikit-sikit mengeluh tak boleh -.-. Yela, duit banyak katekan : / Disebabkan itu aku kurang suka dengan wang yang banyak. Bagi aku cukuplah sekadar cukup makan pakai. keperluan harian.
FYI, sepanjang aku kerja ramai yang bagi kad suruh aku join MLM, tunjukkan kekayaan mereka. Bukan aku nak menolak tapi aku tidak berminat. Biarlah aku cari kerja berdasarkan ilmu yang aku pelajari. Insya Allah. Kalau nak cari calon suami pun aku tak mintak yang kaya raya. aku ingat pesan pensyarah aku, biarlah kita cari kekayaan bersama. So, ingat ye tengtawan...
5. Ok. Ini sedikit jahat.
AMARAN : Jangan meniru ok !
Disebabkan aku dan aini tidak suka stress dan supervisor kami adalah seorang kaki bebel yang tegar maka kami telah menggelarkan diri dia Mizi Durjana. sorry -.-'
Si pembebel ni tak cukup depan muka, call penuh whatsapp kami dia nak bebelkan. Stress. Setiap hari nak marah kami yang muka unlucky yang amat susah nak cari customer ni !
6. Yang paling best jatuh kepada *drum rollll.......
kepada abang-abang sado kat tesco yang bukak booth Celebrity Fitness dekat depan ktorang. Setiap hari kami dapat cuci mata sambil terjatuh cinta. Hensem bapak gila kate lu walaupun dorang hanya berseluar track gitu tau. Auwwwwwwwwwww. Nak je aku daftarkan diri kat gym tu dengan harapan dorang pun nanti fall in love with me. *pang bagi sedar ! huhuhuhu.
P/S : abang baju hitam berambut stylo, I miss you. lol
Terlupa kite, kite pun berkenalan dengan seorang adik dari Felda yang buat aku naik darah setiap kali bercakap disebabkan kelem..... dia. Dik, akak harap kau berjaya dan jangan dibuli k?
7. Biarlah rahsia. Disebabkan aku malas nak ingat. Yang penting, AKU DAH BLOCK KAU. HAHAHA
yeah!
gigih aku menaip di kampung halaman dengan keadaan aku yang sedikit tenat dengan hidung beair-air di samping tersemput-semput.
Pengalaman yang aku dapat, aku pasti tak dapat belajar kat memana.
Ye, pada mulanya malu toksah cerita, konon dalam otak fikir aku ni belajar degree, kau suruh aku kerja ni??
Tapi kite seharusnya tak boleh ade fikiran sebegitu, asalkan rezeki halal kan?
Walaupun aku ni malas orangnya ponteng selalu, balik awal selalu tapi aku have fun.
Sedih meninggalkan tapi dunia aku bukan disana. Kalau ada jodoh kite semua bertemu lagi.
Insya Allah.