Tuesday, 6 August 2013

kuih raya hari raya

ASSALAMMUALAIKUM

haiii...jam menunjukkan 2 pagi tapi mata eden ni tak nak pulak ngantuk-ngantuk
besok mesti terhegeh-hegeh payoh nak bukak mata
hari ni da 28 Ramadhan, jadi..yeah..2 hari lagi nak raya!!
jadi semua pasti berada dalam kebusyian untuk menyiapkan kelengkapan berhari raya termasuklah AKU!
and..proudly i can say raya tahun ni semua kuih raya aku yang buat 
*angkat kening bangga
yes.. dengan air tangan ni aku berjuang segigih-gigihnya untuk belajar masak
and.. i dah pandai tau uoll! bangga mak tau nyah!
sebulan duk rumah macam-macam yang aku da buat and belajar
yela semenjak aku study course abang-abang ni ( mostly lelaki kan ).. semua kerja-kerja lelaki kat rumah aku kene buat..
mengecat ----> menebang pokok ----> memanjat semua la
mak kata aku tuff sebab tu kene buat..
^-^ i boleh bina muscle tau ceginiii. mampu?

so.. aku pun dengan baik hati pun nak kongsila detik-detik indah sepanjang aku memasak ni hah

* cornflakes madu *


* mazola and dahlia *


* chocolate shortbread *


* hotdog paprik setia hujung nyawa *
p/s : dear my lovely future husband- nanti kite makan yang simple-simple ye?
ni je saya mampu masak :) terima saya seadanya nanti ye wak? haha


* chocolate chip *

so kali ini anda bernasib baik kerana aku yang berhati suci murni ingin kongsikan sedikit resipi agar dapat memeriahkan hari raya uoll.
dulu aku pernah kongsikan biskut Chocolate Chip
rujuk : 
           http://whateverinmymind-whateverinmymind.blogspot.com/2012_08_01_archive.html

tapi resipi tu membuatkan biskut aku agak keras, jadi aku pun mencuba la resipi baru.
wa cakap kali ni lu rasa mesti lu guling-guling nak lagi la 
dengan berintikan coklat cair di dalamnya plus pulak dengan coklat chip yang melimpah ruah..meleleh air liur gua habaq hang
p/s : poyo. i ni semua poyo ok!

ok so -> check out :') 

BAHAN-BAHAN :-

1. 200g tepung gandum
2. 2 sudu besar tepung jagung
3. 50g coklat masakan
4. 100g coklat chip
5. sesudu kecil baking powder
6. 100g mentega
7. 50g gula halus
8. 2 sudu besar serbuk koko 


* ayak tepung jagung dan tepung gandum bersama *


* pukul mentega dan gula halus sehingga kembang *


* selesai mengayak dan memukul- campurkan semua bahan dan digaul hingga rata *
p/s : coklat masakan perlu dihiris kecil-kecil


* pastikan doh tidak terlalu keras atau lembut *


* terap ikut bentuk kegemaran, kesukaan, suka hati anda - kalau nak macam chipsmore gitu anda bolehla buat bulat-bulat kecil ok !

* saya kanak-kanak sebab tu bentuk macam kanak-kanak :P *



* bakarkan dalam masa 12 minit dengan suhu 180 


* taaraa!!! siap akhirnya! biskut coklat chip Adam Levine
# padah tiap-tiap hari hadap The Voice 

simple kan? simple kan??
sooo.. apa lagi
selamat mencuba

~daaa

and 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA!!!
MAAF ZAHIR & BATIN
maaf jika ada tersalah bicara terkasar bahasa ye!
RAYA DATANG RUMAH 
BOLEH RASA BISKUT-BISKUT SAYA :p
peace ^^^^


No comments:

Post a Comment