Friday, 27 June 2014

-.-

ASSALAMMUALAIKUM

Fuhh...*lap peluh kejap!
sejak dua tiga menjak bekerja ni malas semakin kerap melanda diri. padahal...banyak sangat lah kau kerja ekau eh?
hah. penat toksah cerita. benda sentapkan jiwa kiteww pun banyak. *menyampah
aku pun tak tahu lah kenapa lah aku yang kena. why always me?
ok. meh cheq cita nahh.
Nak dijadikan cerita bagi drama sedikit. Aku baru tinggalkan tempat praktikal sebulan. Tup-tup datang parking dah kena bayar. wadehek?
Memang muka sengkek aku ni mempunyai berjuta dalam poketnya!
Yela. Fikir la sikit aku baru je balik dari JB setelah puas joli sakan! *tipu je
Mana la nak dapat duit nak bayar parking 5 hengget sehari. So, aku pun pergi lah parking belakang office sebab belakang tu belum buat meter parking.
Mestilah gua nak cari free kan?
Tapi----------
Nasib tidak menyebelahi beta. huhh! Side Mirror gua kena curi. Gua is sedih!
Nak carut pun confirm tak dapat balik. menci tau kite!
So, sekarang aku terpaksa parking dekat Giant which aku terpaksa lah menapak beribu batu jauhnya. *double sedih
Tapi nak buat camne. Bukan senang nak cari rezeki. Ye dak? so, sabar je lah ye.

OK!
Lupakan kisah bersamamu beta.
hoi. maiii. nak habaq!!
#roomatesayadahtunanghoiii
Yeah!. Roomate Terchenta telah selamat bertunang 22 Jun lepas
Tahniah sayang. *lap air mata bila mengenangkan bila pulak turn i. haha
Part paling best bila kami berdua bersusah payah menyiapkan pelamin. hee
Bagi si tangan kayu seperti I yang tak keretippp ni. Almaklumlah faham je la ye. Susah la.
Tapi. syukur semua menjadi.
Baju tunang pun jauh kami merantau mencari.
Alhamdulillah segala yang dirancang menjadi.

Hmm. I juga yang still solo.
huahua. nak kahwin!
ishh. susah gatal sangat ni. haha
ok la. setakat ni sahaja.
kbai

* D. I. Y *


* mana cermin i????? *




















Friday, 13 June 2014

done *

ASSALAMMUALAIKUM

WOOW. Agak lama aku tak berblog memandangkan aku telah menjadi seorang wanita berkerjaya. 
puih. tipu je ok.
almaklumlah duduk rumah mesti lah malas nak keluarkan laptop nak pasang charge nak menaip nak itu nak ini.
errr. sebab tu jugaklah azam nak kurus tak kesampaian dan tak akan kesampaian.

ALHAMDULILLAH.
Aku telah berjaya menamatkan semester ke-6 aku.
Yeah. 
Berjaya menamatkan Latihan Industri dengan jayanya. Jaya ke?
Berjaya menghabiskan presentation walaupun dengan kadar nervous yang keterlaluan.
Berjaya menjawab test walaupun hampir kesemuanya hentam sokmo diibaratkan menjawab sambil menutup mata.

Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu aku sepanjang praktikal ini.
BOS, KAK ZA, KAK NORA, PENSYARAH & KENGKAWAN
Arigato! Thank You.
Semester yang paling best bagi aku and for sure lah semester yang kau relax tahap abadi.
 Kau tak payah nak fikir exam, tak payah fikir quiz, tak payah fikir assignment, tak payah fikir field work, report pun satu. 
Mana tak havoc kan?

dan tamatnya semester keenam bermakna aku tamat tahun ketiga. *goyang-goyang
dan bermakna dengan itu aku akan memasuki tahun terakhir *menangis keteharuan.
dan bermakna aku perlu mencari tajuk untuk Projek Sarjana Muda. ( PSM )

bagi aku yang sering follow the flow ini, idea nak buat haruslah tiada.
Yes kengkawan, memula aku ni dok fikir nak buat eKadaster. Yela dah tu je aku dok hadap masa praktikal.
So, aku beranggapan mungkin boleh berbincang dengan pensyarah dan mungkin jika aku bernasib baik, aku akan dapat tajuk. Tak gitu?
Jadi aku ni fefeling berani jumpa Dr Tan  - pensyarah baru dari JUPEM yang dok marah kumpulan aku masa praktikal!
bila jumpa Dr Tan baik, tapi.......
dia dok habaq yang tajuk aku tu amat susah, level pHd. Haruslah aku tak nak.
buat apa aku nak susahkan diri. kan? kan?

tapi sebelum aku jumpa Dr Tan, aku pun teman le roomate jumpa En Shahlan, salah seorang pensyarah yang suka jugak marah kita orang. 
dok bincang-bincang, En Shahlan psiko aku supaya terima tajuk dia.
Yup, aku tak pernah terfikir nak buat hidro. Tahu, aku tak ambik pun subjek ocean semester lepas.
tapi, En Shahlan tak kisah pun, and nak ambik kita. So, tak nak susahkan diri, aku dan qidd terima.
Yela, siapa tak nak kalau pensyarah nak tolong kau dari A-Z, bagi tajuk. Tajuk pun agak simple. 
( agak je lah )
jadi sebenarnya tak ada lah nak ambik orang lain punye tajuk ke apa ke. tak ada niat pun sebenarnya.
peluang datang bergolek jadi kalau tak ambik rugi kan!

so, kami terpaksa menghadiri kursus hidrografi CAT B pada 09 - 12 Jun.
Kursus yang kalau nak masuk berpuluh ribu jugak lah kau nak kena bayar. 
classmate? owh, classmate aku haruslah semua yang sudah berkerjaya. Surveyor ada, JUPEM ada and navy pun ada tau!  ( ramai hensem )
Mula-mula cuak la jugak!
tapi Alhamdulillah, semua baik belaka. heeee. mengusik je kerja.
katanya ktorang budak lagi! hello, i dah 22 ok!
* senyum gatal sambil kenyit mata.

for the first time, aku rasa enjoy sangat masuk kelas. 
dan dijadikan cerita pengajar kita orang boleh pulak orang kampung den.
satu sekolah gitu.
Bak kata dorang - junior gila gila gila gila punyer jauh.
bukan calang-calang orang yang ajar tau, Pengarah Pusat Hidrografi Negara.
mampu?
tapi semua humble and layan kt sama rata je.
Kelas haruslah enjoy kalau belajar sikit rehat yang banyak kan? mestilah best!
and yang lain pun banyak membantu.
mana tak harus dibantu kalau kau datang study dengan otak yang kosong.
er. benda dah lama tinggal, mana kau nak ingat kan?
pengalaman yang tak akan dilupa walaupun sekejap je. hehe.

Aku bersyukur sangat sebab dapat tajuk ini. Terima kasih diucapkan kepada En Shahlan sebab sudi ambik kami. 
*belum kena marah bolehlah kan. haha
Baik-baik selalu ok!

ok la setakat ini sahaja.
gambar malas nak letak
and aku kena kerja minggu depan. M.A.L.A.S!